BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Isnin, 28 Februari 2022
NELAYAN ASING TANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA, DIARAHKAN BERPATAH BALIK
Sabah Catat 11 Kematian Covid-19 Hari Ini
Sabah Catat 11 Kematian Covid-19 Hari Ini
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, dengan Tawau mencatatkan kes tertinggi, iaitu tiga kematian.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, dua lagi kematian direkodkan di Penampang serta masing-masing satu kematian di Ranau, Nabawan, Kudat, Beaufort, Keningau dan Kota Kinabalu.
“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga terlibat,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, jumlah kes harian di negeri itu terus mencatatkan penurunan, dengan 2,174 kes baharu dilaporkan, berkurangan 700 kes berbanding semalam.
“Penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan jumlah ‘backlogs’ yang semakin berkurangan dalam statistik harian beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
“Sejumlah 2,150 atau 98.90% daripada 2,174 kes hari ini dalam Kategori 1 dan 2, lapan kes Kategori 3, 10 kes Kategori 4 dan enam kes Kategori 5.
“Sebanyak 246 kes hari ini juga melibatkan kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah yang belum divaksin, dengan 121 daripadanya belum layak mendapat vaksin, iaitu mereka yang berumur lima tahun ke bawah.”
Katanya, seramai 45,381 daripada 411,400 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah divaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di Sabah. – FMT
Kluster Baharu Di Sabah Babitkan Tapak Pembinaan Di Tenom, Kata Masidi
Kluster Baharu Di Sabah Babitkan Tapak Pembinaan Di Tenom, Kata Masidi
KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, satu kluster di tempat kerja iaitu Kluster Tolokoson Kem Dua di Tenom diisytiharkan di Sabah, hari ini.
Katanya, kluster berkenaan membabitkan warga kerja di Sino Hydro Kem Dua Tolokoson, Tenom dengan kes indeks merupakan seorang lelaki warga asing berusia 59 tahun.
“Kes indeks dikesan positif melalui saringan bergejala pada 19 Feb dan hasil saringan kontrak rapat dalam kalangan rakan sekerja mendapati 137 orang lagi positif.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah dijangkiti dalam kluster ini ialah seramai 138 orang setakat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya manakala kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.
Katanya, siasatan awal mendapati penularan jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, Sabah mencatatkan jumlah kes baharu di bawah paras 3,000 buat kali pertama sejak 10 Feb lalu.
Katanya, sebanyak 2,874 kes dicatatkan hari ini, iaitu menunjukkan penurunan sebanyak 861 kes berbanding semalam.
“Peratusan kes jangkitan sporadik masih tinggi iaitu 58.8% hari ini, dan trend menurun sejak beberapa hari belum pasti boleh bertahan.
“Kes-kes tertunggak juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehingga semua “backlogs dibersihkan”,” katanya.
Masidi berkata, sebanyak 353 daripada jumlah kes baharu hari ini juga adalah melibatkan kanak-kanak berusia bawah 11 tahun.
Katanya, 171 daripada jumlah itu adalah membabitkan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin iaitu yang berusia lima tahun dan ke bawah.
“Setakat ini juga, PICKids (Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak) Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 42,823 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak di Sabah yang berusia antara 5 hingga 11 tahun,” katanya. – FMT
Pilihan Raya Filipina Semakin Hampir, Hajiji Gesa Keselamatan Ditingkat Di Sabah
Pilihan Raya Filipina Semakin Hampir, Hajiji Gesa Keselamatan Ditingkat Di Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mengarahkan polis meningkatkan pengawasan keselamatan negeri menjelang pilihan raya Presiden di negara jiran, Filipina.
Katanya, beliau mahu polis memantau keadaan dengan lebih rapi, memandangkan isu mengenai tuntutan ke atas Sabah sering menjadi topik hangat calon-calon Presiden negara itu menjelang pilihan raya bagi meraih sokongan pengundi.
“Bahang pilihan raya Filipina yang dijadualkan berlangsung 9 Mei ini perlu dipantau rapi oleh polis, terutama dari Cawangan Khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, beliau melawat Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di Kepayan, di sini. Beliau turut diiringi Setiausaha Persekutuan Sabah, Sarul Bahiyah Abu serta Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah.
Hajiji berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan tahap keselamatan negeri itu.
“Berdasarkan taklimat Idris Abdullah dan pegawai-pegawainya, saya gembira mendengar keselamatan kita berada di tahap terbaik dengan kecekapan pasukan polis,” katanya. – BERNAMA
SABAH MENCATAT 2,174 KES BAHARU HARI INI, KES BACKLOGS SEMAKIN KURANG
MAYAT: Pasukan polis membawa mayat mangsa ke HQE untuk siasatan lanjut.
Ahad, 27 Februari 2022
BARISAN NASIONAL AKAN MEMBERI TAWARAN BAIK DEMI KESTABILAN RAKYAT JOHOR - BUNG
PERASMIAN PERTANDINGAN AKHIR BOLA SEPAK PIALA ADUN N.39 TAMBUNAN SESI 2021
SABAH MENCATAT 2,874 KES BAHARU HARI INI, 1 KLUSTER BAHARU DI TENOM
Sabtu, 26 Februari 2022
ANGGOTA SFD RAMPAS SENJATA API, 7 LELAKI DITAHAN ATAS PEMBURUAN HARAM
27 FEBRUARI 2022
BELURAN: Tujuh lelaki ditahan dengan senjata api atas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemburuan haram di Jalan Nangoh-Paitan berdekatan sempadan Hutan Simpan Paitan, awal pagi semalam.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan berkata, tujuh lelaki tersebut ditahan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa Operasi Anti Poaching pada jam 1.10 pagi tadi.
"Semasa anggota Unit Protect Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) membuat rondaan menerusi operasi itu, terdapat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan."
"Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemukan dua laras senjata api serta beberapa butir peluru di dalam kenderaan tersebut"
Dalam pemeriksaan lanjut, semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit untuk memburu hidupan liar dan tiada lesen pemilikan senjata api.
Laporan ini telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Beluran dan kesemua tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Orang awam dinasihatkan bahawa tidak melakukan aktiviti memburu hidupan liar sekiranya tiada pemit yang sah.
"Aktiviti memburu secara haram adalah satu kesalahan dari segi undang-undang dan boleh mengakibatkan kepupusan spesies hidupan liar yang disenaraikan sebagai spesis terancam seperti banteng atau tembadau" ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti pemburuan hidupan liar secara haram dinasihatkan untuk membuat laporan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar untuk mengambil tindakan.
SABAH MENCECAH 3,735 KES BAHARU HARI INI, JANGKITAN SPORADIK KEKAL TINGGI
Kemasukan dalam GRS mesti bebas rasuah Februari 26, 2022
Jumaat, 25 Februari 2022
KERAJAAN GRS MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KUDAT
WAKIL RAKYAT, MARILAH SOLAT DI MASJID - ALIAKBAR
PERIKATAN NASIONAL AKAN MEMBINA SEBUAH KEPIMPINAN YANG INTREGITI DAN MENJAMIN KESTABILAN DEMI JOHOR - IDRIS
USAHA DAN HALA TUJU NEGARA DALAM PEMBANGUNAN MAMPAN SERTA KEUNIKAN SENI DAN BUDAYA MALAYSIA
SABAH MENCECAH 4,256 KES BAHARU HARI INI.
GEMPA BUMI MELANDA SUMATERA BARAT, GEGARAN TURUT DIRASAI DI MALAYSIA
Khamis, 24 Februari 2022
MANGSA DIBUNUH ATAS TAGIH HUTANG RM3,000
TAHAN: Pasangan kekasih yang juga tokan dadah ditahan di sebuah Pusat Peranginan di Pitas.
Jangan memperkecilkan keupayaan parti tempatan JIMMY
GRS terus penuhi keperluan mendesak rakyat
Bekas tentera, rakan sejenayah ditahan pecah rumah sebabkan kerugian lebih RM500 ribu
Sabah Kembali Benarkan 50% Jemaah Di Masjid & Surau Bermula Hari Ini
Sabah Kembali Benarkan 50% Jemaah Di Masjid & Surau Bermula Hari Ini
KOTA KINABALU: Sabah membenarkan kembali kehadiran 50% jemaah di masjid dan surau untuk solat Jumaat serta solat lima waktu berjemaah berkuat kuasa esok, kata jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Masidi Manjun.
Katanya, kebenaran itu hanya untuk individu yang lengkap vaksinasi, termasuk imam dan ahli jawatankuasa masjid atau surau.
Masidi berkata, jumlah itu juga mengambil kira penjarakan fizikal satu meter seperti ditetapkan sebelum ini dengan setiap masjid dan surau diminta membuat penandaan jarak di antara jemaah bagi memudahkan pematuhan.
Beliau berkata, jemaah juga dikehendaki membawa sejadah sendiri, selain wajib memakai pelitup muka sepanjang masa dan mendaftarkan kehadiran sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara bertulis.
“Hanya jemaah yang masih dalam pemantauan, golongan berisiko tinggi, mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan alahan serta kanak-kanak bawah 12 tahun tanpa ditemani ibu bapa tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau.
“Sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif Covid-19, masjid atau surau terbabit perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menurut laporan Berita Harian.
Pada 11 Feb lalu, kerajaan negeri mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mengehadkan semula kehadiran di masjid dan surau kepada maksimum 150 orang atau satu pertiga ruang lantai tertutup berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini.
Sementara itu, Sabah mencatat 3,971 kes baharu Covid-19, hari ini, dengan sembilan kes kematian iaitu tiga kes di Kota Kinabalu, diikuti dua kes di Penampang dan Sandakan, manakala masing-masing satu kes di daerah Beaufort dan Tawau.
#kitajagakita #KeluargaMalaysia #COVID19 #BeritaSabahan
JHL Tangkap Orang Utan Sesat Di kunak
JHL Tangkap Orang Utan Sesat Di kunak
KUNAK : Seekor orang utan liar dipercayai tersesat ditangkap sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Kampung Dasar Baru, Kunak 3 pada Selasa.
Kehadiran mamalia seberat 65 kilogram itu disedari penduduk di sebuah kebun pisang di kampung berkenaan sebelum menghubungi JHL untuk mendapatkan bantuan.
Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dan pegawai JHL dikerah ke lokasi dan haiwan itu ditangkap dengan menembaknya menggunakan ubat pelali.
“Setakat ini, tahap kesihatan haiwan itu berada dalam keadaan terbaik tanpa kecederaan dan ditempatkan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan, untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.
Augustine berkata, pihaknya akan terus memantau kesihatan haiwan itu termasuk imbasan sinar-X sebelum dibebaskan semula di kawasan hutan.
Tambah beliau, orang utan berkenaan akan dilepaskan sama ada di kawasan hutan Lembah Danum atau Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. – SINAR
Pemandu Maut, Kereta Jatuh Gaung Di Jalan Ranau Bypass Kota Belud
Pemandu Maut, Kereta Jatuh Gaung Di Jalan Ranau Bypass Kota Belud
KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu jatuh ke gaung sedalam kira-kira 24 meter di Jalan Ranau Bypass Kota Belud, berhampiran Kampung Tombotuan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Tambunan Asang, 75, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tu pada 8.07 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauh 40km dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud.
“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Toyota Unser yang terbabas di bahu jalan, lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.
“Terdapat seorang mangsa berada dalam kenderaan dan tidak sedarkan diri. Bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat, sebelum dibawa naik ke kawasan selamat menggunakan ;stretcher’,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 10.06 pagi. – FMT
Kejadian yang hampir menyebabkan kebakaran berlaku di Pekan Menggatal
SABAH MENCECAH 4,892 KES BAHARU HARI INI, KALABAKAN MENJADI DAERAH TUNGGAL DENGAN SATU ANGKA SAHAJA
Rabu, 23 Februari 2022
PEMBANGUNAN DAN KEPENTINGAN SEBUAH EKOSISTEM LESTARI DALAM PELBAGAI ASPEK UNTUK KESEJAHTERAAN MALAYSIA
Susulan dengan perkara itu, Masdar City juga telah menempatkan beberapa syarikat antarabangsa seperti Siemens dan Honeywell.
Tujuan pertemuan ini untuk membincangkan mengenai kaedah terbaik dalam membangunkan sebuah ekosistem lestari dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
"Malaysia amat mementingkan kelestarian dalam pelbagai aspek, kerana ianya adalah jalan terbaik dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia untuk jangka masa panjang."
Zafrul berkata kerajaan telah menerapkan inisiatif berasaskan SDG seperti RM1 bilion untuk peralihan perniagaan kepada amalan lestari dan rendah karbon, pengecualian cukai penuh bagi pembelian kereta penumpang elektrik serta pelbagai inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dibawah bajet tahun 2022.
#BeritaSabahanOnlinenews #BeritaSabahan
KERJASAMA ANTARA KERAJAAN NEGERI DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT SABAH
PERANCANGAN DAN USAHA DALAM MEMULIHARA KEHIDUPAN HARIMAU MALAYA DI PAHANG
PUTRAJAYA: Merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah melawat Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, di pejabat perdana menteri Malaysia pada waktu petang, kelmarin.
Mengikut perbincangan tersebut, KDYMM Pemangku Raja Pahang merancangkan untuk memberi usaha dalam memulihara penghidupan Harimau Malaya di Pahang dan bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Saya juga menyembah maklum mengenai tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan serta perancangan jangka panjang untuk memulihara Harimau Malaya"
Susulan dengan perkara itu, Harimau Malaya hampir pupus dan terdapat kurang dari 150 ekor di seluruh negara. Sebahagian besar daripadanya adalah di Pahang.
#beritasabahanonlinenews
Perintah Berkurung kali ke-181 dilanjutkan sehingga 11 Mac depan
KOTA KINABALU: Perintah berkurung kali ke-181 dilanjutkan selama dua minggu bermula 25 Februari sehingga 11 Mac depan mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.
Suspek ditahan oleh orang awam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Ria Height, Tawau, pagi tadi.
(VIDEO) Lelaki Menyamar Wanita Pecah Masuk Rumah Ditahan
Suspek ditahan oleh orang awam selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Ria Height, Tawau, pagi tadi.
TAWAU: Taktik seorang lelaki menyamar sebagai wanita ketika memecah masuk sebuah rumah di Taman Ria Height Fasa 1B, Jalan Utara Baru, di sini, tidak menjadi selepas dia diberkas orang awam, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi, suspek berusia 35 tahun dikatakan cuba melarikan diri dengan memakai baju tidur wanita, bertudung dan menggunakan pelitup muka ketika keluar dari rumah yang dipecah masuknya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Peter Umbuas, berkata hasil siasatan, pengadu seorang wanita berusia 18 tahun memaklumkan dia hairan apabila mendapati sepasang selipar diletakkan di depan pintu, lalu mengesyaki rumahnya dipecah masuk.
Peter berkata, ketika kejadian pengadu memaklumkan dia baru tiba di rumahnya selepas keluar menghantar ibunya ke tempat kerja.
“Pengadu juga mendapati jeriji dan pintu utama rumahnya ditutup tidak rapat.
“Pengadu kemudian masuk semula ke dalam kenderaan dan tiba-tiba ternampak seorang lelaki berpakaian baju tidur wanita, memakai tudung dan menggunakan pelitup mulut keluar dari pintu hadapan rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pengadu kemudian menghubungi sepupunya yang tinggal di taman perumahan sama.
Beliau berkata, sebaik menyedari diperhatikan, pengadu melihat suspek bergegas keluar dari rumah dan masuk ke dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di lorong hadapan rumah dan dengan pantas mengundurkan kenderaannya.
“Kira-kira 30 minit kemudian, pengadu dimaklumkan oleh sepupunya bahawa suspek berjaya ditangkap di kawasan lorong utama taman berkenaan oleh orang awam,” katanya.
Peter berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang hiasan wanita di dalam rumah pengadu hilang disyaki dicuri suspek.
Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM150 dan suspek diserahkan kepada polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – FMT
AirAsia Akan Kenakan Caj RM100 Untuk Daftar Masuk Melalui Kaunter, Mulai 1 Mac 2022
AirAsia Akan Kenakan Caj RM100 Untuk Daftar Masuk Melalui Kaunter, Mulai 1 Mac 2022
BERMULA 1 Mac 2022, AirAsia dilaporkan akan mengenakan caj pembayaran RM100 bagi perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter, lapor portal Rnngt.
September 2020, AirAsia telah memperkenalkan caj pembayaran bagi perkhidmatan tersebut sebanyak RM20 untuk setiap penumpang penerbangan domestik. Bagi penerbangan antarabangsa, penumpang dikenakan caj RM30.
Bagiamanapun, bermula 1 Mac ini, caj pembayaran untuk pendaftaran masuk melalui kaunter akan dinaikkan ke RM100 untuk penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa.
Walaupun begitu, AirAsia memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan tersebut dengan caj RM100 atau boleh mendaftar masuk melalui web, aplikasi AirAsia atau kiosk yang disediakan di lapangan terbang.
Menurut AirAsia, langkah mengenakan caj di kaunter adalah untuk menggalakan pengguna memanfaatkan kaedah digital yang disediakan, selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard Covid-19.
Selain itu, AirAsia turut menyenaraikan beberapa kategori penumpang yang tidak akan dikenakan caj tersebut ketika melakukan pendaftaran masuk di kaunter. Antaranya penumpang yang tidak berupaya, ibu bapa dengan bayi bawah 24 bulan, penumpang muda berusia 12 hingga 16 tahun, penumpang yang terjejas akibat perubahan jadual penerbangan dan beberapa lagi kategori lain.
Anda boleh rujuk laman rasmi AirAsia dalam mengetahui lanjut berkenaan perubahan baru ini.
Saya Tak Ada Kroni, Dr M Nafi Dakwaan Najib
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Najib Razak bahawa beliau memberi tekanan kepada Ahli Parlimen Pekan itu supaya menyokong projek-projek kroninya sewaktu menjadi Perdana Menteri.
“Kalau saya ada kroni, saya boleh jaga kroni saya.
“Saya tak ada kroni. Saya ada orang-orang berkebolehan. Saya tak tolong orang tak ada kebolehan,” katanya pada sidang media Pejuang. – FMT
Lebih Baik Jadi ‘Budak Sorong’ Seperti Di Sandakan Daripada Minta Sedekah
SANDAKAN, 23 Feb : ‘Budak sorong’ yang menyediakan perkhidmatan mengangkat barangan dan melakukan kerja-kerja berkaitan di Pasar Umum Sandakan di sini menjadi identiti unik pasar tersebut.
Kehadiran mereka, yang kebanyakannya terdiri daripada remaja keciciran persekolahan, sememangnya memudahkan pembeli dan peniaga, namun masing-masing mempunyai latar belakang dan kisah tersendiri yang membuatkan mereka memilih mencari rezeki dengan menolak kereta sorong.
“Saya mula kerja pukul 5 pagi sehinggalah 12 tengah hari,” kata Omar Sayadi memulakan bicara ketika ditemui Bernama.
Remaja bertubuh kecil berusia 14 tahun itu tidak pernah bersekolah dan mula bekerja sebagai budak sorong sejak beberapa bulan lepas bagi menampung keperluan hidup dirinya, bapa yang sakit serta seorang adik, setelah ditinggalkan ibu.
Menurut Omar dia bangun seawal empat pagi dan berjalan kaki kira-kira tiga kilometer untuk ke pasar tersebut.
“Dulu bapa kerja mandur di ladang, sekarang dia sakit jadi saya kena kerja,” katanya yang terpaksa meminjam kereta sorong ibu saudaranya.
Tanpa menetapkan upah dan hanya bergantung pada keikhlasan pengunjung, Omar mampu menjana pendapatan antara RM30 hingga RM50 sehari yang akan diserahkan kepada bapanya untuk perbelanjaan harian mereka.
Sementara itu, keinginan untuk membeli pakaian baru selain membantu keluarga, mendorong Conan Abdullah, 18, menjadi budak sorong sejak tiga tahun lepas.
“Saya tidak pernah ke sekolah, jadi ini saja pekerjaan yang mampu dibuat. Alhamdulillah, dapatlah juga RM50 sehari, tak akan nak minta duit dari mak lagi, mereka (keluarga) pun bukan orang senang” katanya yang meminjam wang dari rakan-rakan untuk membeli kereta sorong berharga RM140.
Conan yang bekerja dari 6 pagi hingga 3 petang, bercita-cita mahu menjadi penjual sayur yang berjaya.
Bagi Saiful Umrah, 24, yang bersekolah hanya setakat tahun empat, melakukan pekerjaan itu adalah lebih baik dari meminta sedekah.
Ditanya mengenai pandangan masyarakat terhadap mereka, Saiful berkata ada pengunjung yang agak takut apabila ditawarkan perkhidmatan itu dan tidak percayakan mereka.
“Kami bukan budak jahat, kami hanya tolong angkat barang sahaja, bagilah berapa pun kami terima, yang penting ikhlas,” katanya.
Seorang pengunjung pasar Mirnah Razali, 51, berkata khidmat budak sorong amat diperlukannya terutama apabila dia membeli barang dalam jumlah yang banyak.
“Mereka budak baik, tidak mengganggu pengunjung, memudahkan membeli keperluan dan bayaran pun mereka tidak tetapkan,” katanya yang akan ke pasar seminggu sekali untuk mendapatkan barangan keperluan.
Tinjauan Bernama mendapati terdapat lebih 40 orang budak sorong di pasar berkenaan yang sentiasa bersedia memberi perkhidmatan mereka kepada pengunjung. – BERNAMA
KERJASAMA ANTARA PETRONAS DAN ADNOC DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI - ZAFRUL
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
SEJARAH AWAL KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH. .PEMBUKAAN KAMPUNG NUMBAK Sejarah awal pembukaan kampung Numbak, M...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...