Jumaat, 25 Februari 2022

PERIKATAN NASIONAL AKAN MEMBINA SEBUAH KEPIMPINAN YANG INTREGITI DAN MENJAMIN KESTABILAN DEMI JOHOR - IDRIS


26 FEBRUARI 2022

JOHOR BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Ustas Idris Ahmad bersama YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin, Bekas Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato Sri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, di Bilik Gerakan Pilihanraya Zon Utara di Parlimen Pagoh  dengan seluruh jentera Perikatan Nasional serta calon-calon yang akan berentap dalam Pilihanraya Negeri Johor 2022. 

Beliau berkata,  penamaan calon telah bermula pada hari ini sehingga 12 hari. Sepanjang kempen berjalan, mereka akan menyaksikan sebanyak 56 kerusi DUN yang akan bakal diisi oleh calon-calon yang bertanding.

Beliau menyatakan bahawa Perikatan Nasional akan memberikan yang terbaik dalam mengisi kerusi-kerusi ini bagi membina sebuah kepimpinan yang berintegriti serta berwibawa dan menjaminkan kestabilan yang berterusan demi #BangsaJohor yang maju dan cemerlang. 

Selain daripada itu, memilih pemimpin adalah suatu kewajipan bagi seluruh rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya. 

"Memilih pemimpin yang layak dengan ciri-ciri seorang pemimpin adalah keutamaan yang besar, dan inilah yang ditawarkan oleh Perikatan Nasional"

Idris mendoakan kepada semua jentera Parti Perikatan Nasional mendapat kempen dengan baik dan terhindar serta jauhi daripada perbuatan mungkar supaya proses berkempen dapat memberi gambaran kematangan dan kewibawaan agenda kebajikan dan kemajuan oleh Perikatan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...