Jumaat, 25 Februari 2022

USAHA DAN HALA TUJU NEGARA DALAM PEMBANGUNAN MAMPAN SERTA KEUNIKAN SENI DAN BUDAYA MALAYSIA


25 FEBRUARI 2022

ABU DHABI: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengadakan lawatan ke Expo 2020 Dubai untuk melawat Astaka Malaysia yang telah beroperasi sejak 4 bulan yang lalu, semalam.

Katanya, tujuan Kehadiran Malaysia di Expo 2020 Dubai adalah bukan sahaja untuk memperkenalkan produk-produk Malaysia di pentas antarabangsa, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung dari serata dunia untuk mempelajari mengenai usaha serta halatuju negara ke arah pembangunan mampan serta keunikan seni dan budaya Malaysia.

“Dengan tema Energising Sustainability, Astaka Malaysia adalah astaka karbon sifar bersih pertama bagi acara dunia ini.”

“Daripada seni budaya tradisional dan produk-produk tempatan #keluargaMalaysia hinggalah kemampuan teknologi dan usaha-usaha kelestarian” ujarnya. 

Berdasarkan maklum balas pengajur, trafik penjung ke Astaka Malaysia menepati sasaran tersebut. 

“Insyallah kita dapat mencapai 1 juta pengunjung di akhir ekspo ini”

Zafrul mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan #KeluargaMalaysia Dubai yang telah membanting tulang membawa nama Malaysia di Expo 2020. Beliau berharap agar usaha ini akan membuka lebih banyak peluang kepada Malaysia dalam aspek perdagangan dan pelancongan, sejajar dengan agenda pemulihan ekonomi negara.

#BeritaSabahannewsonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...