Jumaat, 25 Februari 2022

SABAH MENCECAH 4,256 KES BAHARU HARI INI.


25 FEBRUARI 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencecah jumlah Kes positif Covid-19 baharu iaitu 4,256 (-636) pada hari ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes lewat daftar (Backlogs) menyebabkan kes baharu meningkat di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Putatan. 

Berdasarkan laporan yang dimaklumkan, Kota Kinabalu mencatatkan kes empat iaitu 1,241 kes baharu.  

Sebanyak 11 daerah yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Papar sebanyak 370 kes, Putatan 363 Kes, Penampang 345 Kes, Tuaran 308 kes, Kota Belud 186 kes, Tawau 165 kes, Beaufort 126 kes, Sandakan 157 kes, Keningau 144 kes, Kota Marudu 100 kes dan Lahad Datu 113 kes.

Katanya, sebanyak 13 daerah lain merekodkan kes dua angka sementara Semporna mencatatkan 5 kes dan Kalabakan 4 kes.

"Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi dengan jumlah 65.48% dan ia merupakan penyumbang utama jangkitan baharu di 20 daerah daripada 27 daerah di Sabah" 

Sejumlah 99.56% atau 4,237 daripada 4,256 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat 9 kes dalam Kategori 3, 4 kes dalam Kategori 4 manakala 6 kes dalam Kategori 5.

“Sekali lagi rakyat diperingatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat-tempat awam yang penuh sesak,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...