Jumaat, 25 Februari 2022

GEMPA BUMI MELANDA SUMATERA BARAT, GEGARAN TURUT DIRASAI DI MALAYSIA


25 FEBRUARI 2022 

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud telah melanda di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 9.39 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa yang berlaku itu terletak 17 kilometer (KM) di Timur Laut Pasaman Barat, 64 km di barat laut Bukit Tinggi.

Jabatan Meterologi juga memaklumkan bahawa kejadian tersebut telah menyebabkan di bahagian  Semenanjung Malaysia turut dirasai gegaran itu terutamanya di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Walau bagaimanappun, ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami di Malaysia. 

Selain daripada itu, sebilangan penduduk di kawasan Lembah Klang menyatakan bahawa mereka turut merasai gegaran tersebut. Oleh kerana itu, ada yang bergegas keluar dari bangunan pejabat dan kediaman demi keselamatan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...