25 FEBRUARI 2022
KOTA KINABALU: Punca sebenar dalam kes pembunuhan membabitkan mangsa berusia 25 tahun dibunuh di kawasan semak Jalan Kionsom, Inanam, Rabu lalu disebabkan tagih hutang sebanyak RM3,000 daripada mangsa tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata semasa hasil soal siasat dijalankan, suspek mengaku membunuh mangsa dengan mencekik lehernya sebelum menjerut mangsa sehingga mati.
Katanya, pada peringkat awal suspek dan mangsa bersetuju untuk berbincang berkenaan hutang tersebut, namun berlakunya pertengkaran sehingga suspek nekad mencekik mangsa.
Semasa pertengkaran itu, mangsa sempat menghantar lokasi menerusi aplikasi Whatsapp kepada bapanya yang sedang menunggu di bengkel selepas menyedari mangsa terasa terancam.
Mohd Zaidi berkata suspek mencekik leher mangsa sehingga mangsa tidak berdaya dan menjerut leher mangsa menggunakan kabel yang ada di dalam kenderaannya.
“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan polis percaya kes bunuh ini sudah diselesaikan dengan penahanan suspek berumur 43 tahun ini,”
#BeritaSabahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan