Khamis, 24 Februari 2022

TAHAN: Pasangan kekasih yang juga tokan dadah ditahan di sebuah Pusat Peranginan di Pitas.

Pasangan kekasih edar dadah ditahan

    TAHAN: Pasangan kekasih yang juga tokan dadah ditahan di sebuah Pusat Peranginan di Pitas.

KOTA MARUDU: Polis berjaya menahan pasangan kekasih yang dikehendaki selepas terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata kedua-dua suspek ditahan di sebuah Pusat Peranginan di Pitas di sini awal pagi semalam.
“Bertindak daripada maklumat dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Marudu, sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJND) Inspektor Redzuan B Amat Lin menjalankan serbuan di lokasi terbabit.
“Hasil serbuan berjaya menahan dua individu iaitu tokan dadah yang dikehendaki masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan berumur 22 hingga 25 tahun di dalam sebuah bilik di premis berkenaan,” katanya.
Menurutnya pemeriksaan lanjut di dalam premis terbabit berjaya menemukan satu plastik lutsinar berlainan saiz dan enam tiub penyedut minuman plastik berisi bahan dipercayai dadah jenis syabu seberat 31.8 gram. 
“Berdasarkan ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine. 
“Kedua-dua suspek turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.
Beliau berkata suspek kemudiannya dibawa Ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk siasatan lanjut.
“Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. 
“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan tertuduh berdepan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.
Zairolnizal juga menyeru kepada masyarakat setempat supaya menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pergerakan individu yang mencurigakan dengan melibatkan aktiviti pengedaran dadah di Kota Marudu dan Pitas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...