Khamis, 24 Februari 2022

Jangan memperkecilkan keupayaan parti tempatan JIMMY





 Jangan memperkecilkan keupayaan parti tempatan 
KOTA KINABALU: Pemuda UMNO Sabah tidak seharusnya memperkecilkan keupayaan parti-parti politik tempatan.
Ketua Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Jimmy Lai berkata, kenyataan dikeluarkan oleh mereka yang menjelaskan Sabah tidak seharusnya hanya bergantung kepada parti tempatan kerana tidak mampu memenuhi hak untuk negeri ini, adalah tidak benar.
 
"Kenyataan oleh Abdul Aziz Julkarnain baru-baru ini menjelaskan hak keistimewaan Sabah semakin terkikis ketika pemerintahan oleh parti tempatan diantara tahun 70 an sehingga 90 an. Oleh itu Sabah perlu bergantung kepada parti bersifat kebangsaan untuk mendapatkan hak yang lebih baik.
"Itu adalah kenyataan yang memesongkan fakta kerana UMNO lah parti yang merampas hak keistimewaan Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Katanya, seperti parti bersifat kebangsaan yang lain, mereka hanya mahu tumpukan sumber-sumber yang ada di Sabah.
Menurutnya, parti seumpamanya tidak jujur dalam memastikan hak atau kebaikan untuk rakyat Sabah.
Jimmy berkata, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sawarak baru-baru ini, rakyatnya telah menzahirkan kesatuan untuk memberikan sokongan penuh kepada parti tempatan.
Katanya, parti tempatan telah berjaya memenangi 80 Kerusi daripada 82 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
"Keputusan itu memberikan gambaran kuat bahawa majoriti rakyatnya mengundi parti tempatan kerana mereka percaya hanya parti tempatan sahaja mempunyai suara yang kuat melindungi hak orang Sarawak.
"Keputusan PRN Sarawak harus memberikan satu semangat kepada rakyat Sabah untuk memilih parti tempatan pada Pilihan Raya Umum nanti," katanya.
 
Menurutnya, rakyat Sabah sudah bosan dengan budaya politik Semenanjung yang bersifat perkauman, perbalahan dalaman dan mempunyai dasar berat sebelah terhadap Sabah serta Sarawak.
Oleh itu katanya, janganlah memandang rendah rakyat Sabah, kerana sekiranya parti tempatan dapat bergabung seterusnya menjalinkan pakatan dengan Sarawak, ia sekali gus akan memperlihatkan perubahan kuasa politik peringkat kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...