Khamis, 24 Februari 2022

GRS terus penuhi keperluan mendesak rakyat

GRS terus penuhi keperluan mendesak rakyat
Februari 24, 2022
KOTA MARUDU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meluluskan beberapa projek pembangunan yang mendesak di daerah ini. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding berkata kelulusan itu termasuklah pembinaan jambatan tambak Kampung Rasak Laut dan Dewan Serbaguna Kampung Togudon yang diperlukan oleh rakyat. 
“Beberapa projek untuk mengatasi masalah bencana banjir juga diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Tindakan ini membuktikan Kerajaan pimpinan Ketua Menteri terus komited dalam membawa pembangunan kepada rakyat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek. 
“Saya bagi pihak rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek, mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan Kerajaan yang memahami kesukaran rakyat di sini,” katanya.
Hendrus berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pusat Daerah Mengundi Tingkalanon yang mempunyai enam cawangan di sini.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan menyeru kepada semua ahli untuk menunjukkan kesetiaan kepada parti serta mengaktifkan program di cawangan ini untuk mewujudkan semangat keahlian seterusnya menjadi tarikan pihak lain.
“Semua ahli di peringkat akar umbi parti diingatkan agar terus berusaha menambah keahlian Parti Bersatu Sabah (PBS) terutamanya dalam kalangan golongan muda, termasuk mereka yang berusia 18 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...