Jumaat, 25 Februari 2022

WAKIL RAKYAT, MARILAH SOLAT DI MASJID - ALIAKBAR


26 FEBRUARI 2022 

KOTA KINABALU: Program Bulan Solat ini dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Ustaz Idris Ahmad baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan berkata ia juga bersesuaian dengan bulan Rejab, yang mana berlakunya satu peristiwa besar iaitu Israk dan Mikraj.

Antara perkara penting yang terkandung dalam peristiwa ini ialah kewajipan solat lima waktu sehari semalam khusus untuk orang Islam.

"Sebagai ahli politik, saya melihat kempen seumpama ini sangat penting bukan hanya untuk orang awam tetapi juga untuk semua warga politik khususnya para wakil rakyat"

Katanya, pemimpin dan orang politik sepatutnya menjadikan masjid dan surau antara lokasi penting.

"Jangan pula wakil rakyat hanya datang berjemaah untuk solat Jumaat atau Hari Raya sahaja" 

"Jangan juga ada para Yang Berhormat 'pijak' masjid ketika ada program atau hanya menyampaikan sumbangan sahaja"

Susulan dengan perkara itu, pemimpin dan ahli politik muslim mesti menjadikan solat berjemaah sebagai rutin supaya sempat berjemaah di rumah-rumah Allah.

"Masjid dan surau bukan tempat eksklusif. Sifat masjid adalah inklusif. Masjid dan surau tempat yang penuh rahmat" 

"Wahai para pemimpin, Wakil Rakyat, Yang Berhormat, jadikan solat sebagai tunjang kehidupan. Datang dan solat berjemaahlah di rumah-rumah Allah" ujarnya.

Beliau berkata marilah solat dan tunaikan solat di rumah-rumah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...