Jumaat, 25 Februari 2022

KERAJAAN GRS MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KUDAT


26 FEBRUARI 2022

KUDAT : Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Panglima Hajiji Haji Noor dan juga wakil daripada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan bahawa kerajaan akan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM2.4 juta kepada semua pemilik 120 buah rumah yang telah musnah akibat bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat. Setiap rumah yang musnah akan menerima sebanyak RM20,000.00 dalam bentuk bahan binaan.

Selain daripada itu, seramai 176 Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bernilai RM500 di Dewan Tun Mustapha.

Hajiji berharap agar sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terkesan dan tabah serta bersabar dalam menghadapi ujian tersebut. 

#beritasabahanonlinenews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...