Sabtu, 26 Februari 2022

Kemasukan dalam GRS mesti bebas rasuah Februari 26, 2022

 Kemasukan dalam GRS mesti bebas rasuah
Februari 26, 2022 sheryn tom
ALIAKBAR
KOTA KINABALU: Parti politik baharu atau lama yang ingin menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mesti dalam kalangan yang bebas rasuah.
Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, GRS mesti menetapkan syarat ketat supaya semua ahli dalam gabungan ini penuh integriti dan tidak terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya melihat GRS mesti membuktikan keutamaan rakyat adalah lebih penting kerana rasuah  boleh menyebabkan seluruh sistem pentadbiran akan rosak dan rakyat yang akan menerima kesan negatif.
"Ditambah pula sekarang ini, anak muda lebih cakna dengan ketelusan dan integriti. Rakyat khususnya anak muda dilihat sudah bosan dengan budaya politik lama. Jika ada tanda-tanda bersalah mereka akan cuba merisik untuk menyertai parti pemerintah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, budaya politik seumpama ini sudah lapuk dan yakin semua kepimpinan GRS termasuklah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan terus menjamin sistem di Sabah diurus dengan penuh integriti.
"Saya mencadangkan supaya kepimpinan utama parti politik yang ingin menyertai GRS mesti melalui tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...