Sabtu, 26 Februari 2022

SABAH MENCECAH 3,735 KES BAHARU HARI INI, JANGKITAN SPORADIK KEKAL TINGGI


26 FEBRUARI 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencecah jumlah Kes positif Covid-19 baharu iaitu 3,735 (-521) pada hari ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes-kes lewat daftar (Backlogs) menyebabkan jumlah kes di daerah Kota Kinabalu paling tinggi di Sabah.

“Daripada 1,039 kes bagi Kota Kinabalu hari ini, hanya 19 kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam dan berdaftar dalam statistik kes harian hari ini"

"Sebanyak 296 kes adalah kes tertunggak antara 2 hingga 3 hari dan 724 kes adalah kes-kes keputusan tertunggak 4 hari atau lebih. Ini termasuk 89 kes yang tertunggak yang melebihi 12 hari.”

Berdasarkan laporan yang dimaklumkan, Kota Kinabalu mencatatkan kes empat iaitu 1,039 (-209) kes baharu.  

Laporan: Sheryn Tom 
Suntingan: Rizal Limat 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...