Sabtu, 26 Februari 2022

ANGGOTA SFD RAMPAS SENJATA API, 7 LELAKI DITAHAN ATAS PEMBURUAN HARAM


27 FEBRUARI 2022

BELURAN: Tujuh lelaki ditahan dengan  senjata api atas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemburuan haram di Jalan Nangoh-Paitan berdekatan sempadan Hutan Simpan Paitan, awal pagi semalam.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan berkata, tujuh lelaki tersebut ditahan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa Operasi Anti Poaching pada jam 1.10 pagi tadi.

"Semasa anggota Unit Protect Jabatan Perhutanan Sabah (SFD) membuat rondaan menerusi operasi itu, terdapat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan."

"Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemukan dua laras senjata api serta beberapa butir peluru di dalam kenderaan tersebut"

Dalam pemeriksaan lanjut, semua suspek gagal menunjukkan sebarang permit untuk memburu hidupan liar dan tiada lesen pemilikan senjata api.

Laporan ini telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Beluran dan kesemua tahanan dan barang rampasan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Orang awam dinasihatkan bahawa tidak melakukan aktiviti memburu hidupan liar sekiranya tiada pemit yang sah.

"Aktiviti memburu secara haram adalah satu kesalahan dari segi undang-undang dan boleh mengakibatkan kepupusan spesies hidupan liar yang disenaraikan sebagai spesis terancam seperti banteng atau tembadau" ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti pemburuan hidupan liar secara haram dinasihatkan untuk membuat laporan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar untuk mengambil tindakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...