Ahad, 27 Februari 2022

SABAH MENCATAT 2,874 KES BAHARU HARI INI, 1 KLUSTER BAHARU DI TENOM


27 FEBRUARI 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 baharu iaitu 2,874 (-861) pada hari ini. 

Perkara ini merupakan kali pertama bagi Sabah merekodkan kes baharu di bawah 3,000 sejak 10 Februari 2022. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peratusan kes jangkitan sporadik masih tinggi iaitu 58.8% hari ini, dan trend menurun sejak beberapa hari belum pasti boleh bertahan.

Beliau berkata, kes-kes daftar lewat (Backlogs) juga masih tinggi dan ini akan mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari sehingga semua ‘backlogs’ di ‘bersihkan’.

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat sembilan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu sebanyak 775 kes, Tuaran 324 kes, Penampang 272 kes, Putatan 210 kes, Tenom 160 kes, Papar 151 kes, Kota Belud 131 kes, Tawau 127 kes dan Keningau 120 kes.

Sementara itu, sebanyak 16 daerah pula mencatatkan kes dua angka manakala Kalabakan mencatatkan 4 kes dan Semporna 3 kes. 

Selain daripada itu, terdapat satu kluster di Tenom dan merekodkan 138 kes positif baharu. Perkara ini melibatkan warga kerja Sino Hydro Kem Dua Tolokoson. 

"kes indeks merupakan seorang lelaki berusia 59 tahun dan bukan warganegara dikesan melalui saringan bergejala pada 19 Februari, 2022"

Katanya, saringan terhadap kontak rapat di kalangan rakan sekerja telah mendapati 137 orang lagi positif. 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang telah dijangkiti seramai 138 orang setakat 27 Feb, 2022" 

"Semua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin"

Oleh kerana itu, beliau berkata siasatan awal punca penularan mendapati jangkitan bermula di dalam kawasan tapak pembinaan.

Sejumlah 99.47% atau 2,859 daripada 2,874 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 6 kes dalam Kategori 3, 7 kes dalam Kategori 4 dan 2 kes dalam Kategori 5.

Laporan: Sheryn Tom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...