Rabu, 23 Februari 2022

PEMBANGUNAN DAN KEPENTINGAN SEBUAH EKOSISTEM LESTARI DALAM PELBAGAI ASPEK UNTUK KESEJAHTERAAN MALAYSIA


ABU DHABI: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengadakan lawatan ke Masdar City bersama Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi untuk melihat bagaimana bandar ini mengungguli kelestarian menerusi penggunaan teknologi dan perancangan bandar yang tersusun.

Susulan dengan perkara itu, Masdar City juga telah menempatkan beberapa syarikat antarabangsa seperti Siemens dan Honeywell.


Tujuan pertemuan ini untuk membincangkan mengenai kaedah terbaik dalam membangunkan sebuah ekosistem lestari dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.


"Malaysia amat mementingkan kelestarian dalam pelbagai aspek, kerana ianya adalah jalan terbaik dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia untuk jangka masa panjang."


Zafrul berkata kerajaan telah menerapkan inisiatif berasaskan SDG seperti RM1 bilion untuk peralihan perniagaan kepada amalan lestari dan rendah karbon, pengecualian cukai penuh bagi pembelian kereta penumpang elektrik serta pelbagai  inisiatif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dibawah bajet tahun 2022.

#BeritaSabahanOnlinenews #BeritaSabahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...