Khamis, 24 Februari 2022

SABAH MENCECAH 4,892 KES BAHARU HARI INI, KALABAKAN MENJADI DAERAH TUNGGAL DENGAN SATU ANGKA SAHAJA


24 FEBRUARI 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencecah jumlah Kes positif Covid-19 baharu iaitu 4,892 (+921) pada hari ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mempunyai bilangan kes dua kali ganda berbanding semalam dengan jumlah 1,974 kes baharu. 

Masidi berkata, kes-kes lewat daftar (backlogs) mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu. Sejumlah 1,214 daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes-kes jangkitan “backlogs” yang berlaku enam hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini. 

Selain daripada itu, terdapat sembilan daerah yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Tuaran sebanyak 425 kes (+15), Penampang 415 kes (-101), Papar 290 kes (-30), Tawau 208 kes (-130), Kota Belud 207 kes (+53), Beaufort 194 kes (+41), Sandakan 192 kes (-6), Keningau 144 kes (-11) dan Lahad Datu 100 kes (-29).

Katanya, sebanyak 16 daerah merekodkan Kes dua angka dan Kalabakan menjadi daerah tunggal dengan kes satu angka hari ini.

Sejumlah 99.53% atau 4,869 daripada 4,892 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat 5 kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 dan 5 kes dalam Kategori 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...