24 FEBRUARI 2022
KOTA KINABALU: YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Abdul Razak Muda, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Panglima Hajiji Haji Noor untuk memberi taklimat mengenai usaha-usaha yang telah serta bakal dilaksanakan oleh agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di Menara Kinabalu pada hari ini.
Tujuan pertemuan ini juga untuk membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu melibatkan pengurusan keselamatan negeri Sabah.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah atas komitmen dan kerjasama berterusan khususnya dalam pengurusan bencana alam dan krisis pandemik COVID-19.
"Saya harap pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam menjamin keselamatan negeri dan rakyat Sabah" katanya.
#beritasabahanonlinenews
Tiada ulasan:
Catat Ulasan