Isnin, 28 Februari 2022

MAYAT: Pasukan polis membawa mayat mangsa ke HQE untuk siasatan lanjut.

Mayat wanita ditemukan dekat Sungai Petagas
Februari 28, 2022 oleh admin 
MAYAT: Pasukan polis membawa mayat mangsa ke HQE untuk siasatan lanjut.


PUTATAN: Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan orang awam di kawasan lapang berhampiran Sungai Petagas di sini kira-kira jam 2 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mayat wanita terbabit ditemukan dalam keadaan yang lengkap berpakaian.
Menurutnya, mangsa yang berumur 41 tahun itu berkahwin dengan warga tempatan dan menetap di daerah ini.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa sama ada terdapat kecederaan atau tidak.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis untuk membantu siasatan kes.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...