Isnin, 28 Februari 2022

SABAH MENCATAT 2,174 KES BAHARU HARI INI, KES BACKLOGS SEMAKIN KURANG


28 FEBRUARI 2022

KOTA KINABALU: Sabah telah mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 baharu iaitu 2,174 (-700) pada hari ini.  

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun kes harian telah berkurang dengan jumlah yang agak besar tetapi peratusan kes sporadik kekal tinggi yakni 62.74% yang boleh mencetus peningkatan kes baharu pada bila-bila masa.

Berdasarkan laporan yang diberi, terdapat 7 daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu sebanyak 555 kes, Tuaran 181 kes, Penampang 252 kes, Putatan 223 kes, Papar 204 kes, Kota Belud 101 kes, dan Keningau 105 kes.

Sementara itu, sebanyak 17 daerah lagi mencatatkan kes dua angka. 2 daerah mencatatkan 1 kes manakala daerah Semporna menjadi daerah tunggal yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu pada hari ini. 

Beliau berkata penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan oleh jumlah 'backlogs' yang semakin menurun dalam stastik harian di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. 

Sejumlah 98.90% atau 2,150 daripada 2,174 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, 8 kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan 6 kes dalam Kategori 5.

Laporan: Sheryn Tom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...