Ahad, 27 Februari 2022

BARISAN NASIONAL AKAN MEMBERI TAWARAN BAIK DEMI KESTABILAN RAKYAT JOHOR - BUNG

 
PASIR GUDANG: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengingatkan kepada rakyat Sabah yang menetap serta berkerja di Johor untuk berdaftar sebagai pemilih atas memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kali ini.

Beliau difahamkan bahawa ramai penduduk Sabah yang berkerja di sini dan telah menetap serta berkeluarga, berdaftar sebagai pemilih terutamanya di kawasan Parlimen Pasir Gudang.

"Meskipun kita sebagai pengundi minoriti, namun kita boleh menentukan kemenangan calon-calon BN yang bertanding pada PRN kali ini,".

Susulan dengan perkara itu, Bung berkata penduduk Sabah yang mengundi di Johor perlu bijak membuat pilihan. walaupun WARISAN yang berdaftar di Sabah bertanding di enam buah Kerusi pada PRN Johor kali ini.

Beliau menegaskan PRN kali ini adalah untuk memilih kerajaan negeri Johor. Jika WARISAN ditakdirkan untuk memenangi beberapa kerusi tersebut, ia tidak mampu membentuk kerajaan negeri. 

Beliau berkata, PRN ini menentukan sebuah kerajaan yang stabil. Perkara ini terbukti semasa BN memerintah Johor, politik dalam keadaan stabil dan sumber ekonomi yang baik seperti peluang pekerjaan sentiasa ada.  

Tambahan pula, Beliau juga berkata semasa BN memerintah Johor, kerajaan negeri itu ia tidak meminggirkan kepentingan rakyat Sabah yang tinggal dan berkerja di sini.

"Pasar Maufakat Sabah diwujudkan bagi memberikan peluang penduduk Sabah yang ada di sini menjalankan kegiatan perniagaan dengan memasarkan produk tempatan (Sabah)" katanya.

"Sudah tentu rakyat Sabah yang bermastautin, bekerja dan mengundi di sini akan turut sama menerima limpahan kebaikan dari sebuah kerajaan yang stabil serta mempunyai perancangan jangka panjang untuk memakmurkan negeri"

"PRN Johor kali ini, BN akan berikan tawaran terbaik demi kestabilan dan masa depan rakyat Johor.

#beritasabahanonlinenews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...