Khamis, 24 Februari 2022

JHL Tangkap Orang Utan Sesat Di kunak

JHL Tangkap Orang Utan Sesat Di kunak


KUNAK : Seekor orang utan liar dipercayai tersesat ditangkap sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) di Kampung Dasar Baru, Kunak 3 pada Selasa.

Kehadiran mamalia seberat 65 kilogram itu disedari penduduk di sebuah kebun pisang di kampung berkenaan sebelum menghubungi JHL untuk mendapatkan bantuan.

Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dan pegawai JHL dikerah ke lokasi dan haiwan itu ditangkap dengan menembaknya menggunakan ubat pelali.

“Setakat ini, tahap kesihatan haiwan itu berada dalam keadaan terbaik tanpa kecederaan dan ditempatkan di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan, untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Augustine berkata, pihaknya akan terus memantau kesihatan haiwan itu termasuk imbasan sinar-X sebelum dibebaskan semula di kawasan hutan.

Tambah beliau, orang utan berkenaan akan dilepaskan sama ada di kawasan hutan Lembah Danum atau Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu. – SINAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...