Rabu, 23 Februari 2022

KERJASAMA ANTARA PETRONAS DAN ADNOC DAPAT MENINGKATKAN PRESTASI KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI - ZAFRUL

 
23 FEBRUARI 2022

ABU DHABI: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membuat lawatan rasmi di ibu pejabat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) yang merupakan salah satu syarikat pengeluar tenaga yang terkemuka di dunia. 

Dalam lawatan tersebut, beliau telah melihat bagaimana pengeluaran mereka dipantau untuk memastikan kecekapan yang optimum. 

Teknologi digital dan kecerdasan buatan, atau AI telah digunakan untuk merentasi pelbagai fungsi syarikat bagi mengurangkan kos dan pembaziran. 

Mr Abdulmunim Al Kindi yang merupakan salah seorang pengarah di ADNOC telah menjelaskan kepentingan amalan pembaziran sifar di ADNOC seperti pelepasan suar dan karbon dioksida yang dihasilkan akan dikitar semula dan diguna dalam industri lain.

Selain daripada itu, PETRONAS pernah menandatangani MOU dengan ADNOC pada tahun lepas untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), bunkering gas asli cecair, atau LNG, minyak asas pelincir dan pembangunan sumber yang konvensional dan bukan konvensional.

"Saya yakin bahawa kerjasama ini dapat meningkatkan prestasi PETRONAS yang telah sedia cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi lagi" katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...