Rabu, 23 Februari 2022

SABAH MENCECAH 3,971 KES BAHARU HARI INI


KOTA KINABALU: Sabah telah mencecah  jumlah Kes positif Covid-19 baharu iaitu 3,971 (-435) pada hari ini. 

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Terdapat 13 daerah yang mempunyai bilangan kes tiga angka baharu yang direkodkan.

Berdasarkan dalam laporan itu, Kota Kinabalu masih mempunyai catatan kes tertinggi sebanyak 735 kes, Penampang 516 kes, Tuaran 410 kes, Tawau 338 kes, Papar 320 kes, Sandakan 198 kes, Keningau 155 kes, Kota Belud 154 kes, Beaufort 153 kes, Putatan 150 kes, Kota Marudu 135 kes, Lahad Datu 129 kes dan Ranau 105 kes. 

Masidi berkata sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes dua angka sementara Kudat mencatat 9 kes dan Kalabakan 7 kes. 

Walau bagaimanapun, peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi iaitu 67.41%. Beliau berkata petanda ini boleh menyebabkan kes baharu meningkat secara mendadak pada bila-bila masa.

Sejumlah 99.04% atau 3,935 daripada 3,971 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat 12 kes dalam Kategori 3, 17 kes dalam Kategori 4 dan 7 kes dalam Kategori 5.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...