Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek berusia 43 tahun yang dipercayai menjerut leher mangsa menggunakan wayar ditahan di rumah sewanya di Kampung Bambangan, Inanam.
"Suspek berkerja sebagai tukang cat kenderaan. Kami turut menemui telefon pintar milik mangsa pada suspek.
"Ketika ditahan, suspek mengaku terbabit dalam kes kematian mangsa yang berusia 25 tahun," katanya dihubungi.
Menurut beliau, berdasarkan pengakuan dan barangan yang dirampas, pihaknya yakin kes bunuh itu selesai sepenuhnya.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan diteruskan sebelum pendakwaan terhadap suspek dijalankan," katanya.
Pada kejadian itu, mayat ditemui isteri dan ahli keluarga yang keluar mencarinya, kira-kira jam 8 malam.
Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan, siasatan terus dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Operasi turut dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, unit forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
"Hasil siasatan awal, mangsa dikatakan dihantar bapanya ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan seorang pemilik bengkel jam 1 tengah hari semalam.
"Mangsa sempat menghantar lokasi menerusi aplikasi WhatsApp kepada bapanya namun usaha mencarinya gagal," katanya.
Mohd Zaidi berkata, pemeriksaan awal oleh kakitangan perubatan Hospital Likas mengesahkan mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih enam jam.
Katanya, mayat sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.
Sumber metro harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan