Isnin, 28 Februari 2022

NELAYAN ASING TANGKAP IKAN DI PERAIRAN NEGARA, DIARAHKAN BERPATAH BALIK

1 MAC 2022

TAWAU: Seorang nelayan dari negara asing diarahkan berpatah balik oleh Pasukan Polis Marin (PPM) atas menjalankan aktiviti menangkap ikan di Kawasan perairan Laut Sungai Melayu.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin bin Selamat berkata Polis Marin telah menahan sebuah bot nelayan dari negara jiran ketika menjalankan tugas di lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan yang lanjut.

Katanya, Bot berkenaan dijuragani seorang lelaki Warga Indonesia berumur 49 tahun. Juragan tersebut juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.
Oleh kerana itu, bot berkenaan diarahkan berpatah balik dan diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan Negara.
“Ia selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak Covid 19.”

Pasukan Polis Marin berharap agar masyarakat persisir pantai dan maritime untuk menyalurkan sebarang maklumat sekiranya mendapati jenayah terutamanya jenayat rentas sempadan di sekitar tersebut. 

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor 013-9391197 atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian 089-983628”

“Hal ini demikian untuk memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.”

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...