Selasa, 1 Mac 2022

KERAJAAN GRS MEMBERI INISIATIF BAIDURI KEPADA 42,097 WANITA


1 MAC 2022

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah melancarkan satu bentuk inisiatif dalam Belanjawan 2022 yang memanfaatkan seramai 42,097 wanita iaitu Bantuan e-Kasih Dana Caruman i-Suri (BAIDURI) membabitkan peruntukan sebanyak RM2,525,820.00, hari ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor berkata, kerajaan Negeri amat mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita bukan sahaja dalam sesebuah keluarga tetapi juga sebagai nadi kepada pembangunan masyarakat serta negara.

“Ini merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan khusus untuk isteri atau Ketua Isi Rumah Wanita (KIR) yang berdaftar dengan e-Kasih berbentuk dana awal caruman KWSP secara ‘one-off’ berjumlah RM60.00 seorang”
“Dengan melaksanakan inisiatif ini, kerajaan negeri telah memberi peluang wanita e-Kasih untuk mendapat manfaat sebanyak RM480 seorang daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Hajiji berkata, antara manfaat yang lain ialah memberi perlindungan kehidupan luas kepada wanita seperti bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran caruman pada usia 50, 55 dan 60 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...