BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Selasa, 19 April 2022
12 individu, pemilik syarikat mengaku salah, kemuka penyata bank palsu
Ahad, 10 April 2022
YBDEA BERI SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG
Khamis, 7 April 2022
PROGRAM KONGSI REZEKI BULAN RAMADHAN ANJURAN FSSA
DATUK ROBERT BERI SUMBANGAN KEPADA TABUNG KELAB WARGA SMK BINGKOR
PERALATAN BOM IKAN DAN BARANG KAWALAN BERJAYA DIRAMPAS
KBSS SEDIA MENJADI KAWAN STRATEGIK KWSP
KES SAMUN SEBUAH MOTOSIKAL, DUA LELAKI WARGA ASING BERJAYA DITANGKAP
Rabu, 6 April 2022
DUA SAKSI DIKESAN UNTUK PERBICARAAN KES BUNUH
KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.
Kedua-dua saksi itu adalah Ana Farhana Musa berusia 34 tahun dan suaminya bernama Ismail Santaro berusia 37 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Haji Ismail berkata, alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn.Bhd.
Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama 4 hari, katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh grup Whatsapp Media PDRM Sabah hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Razali Bin Basa di talian 089-561890 / 019- 6217357 atau pergi ke balai polis berdekatan.
MEMPERKASAKAN INFRASTRUKTUR SERTA MEMODENKAN DALAM SEKTOR PERTANIAN DAN AGROMAKANAN DI SABAH
PATI CUBA CEROBOH MASUK KE PERAIRAN NEGARA DIUSIR KELUAR
SEORANG LELAKI MENCEROBOH RUMAH ORANG BERJAYA DITANGKAP
“Orang awam serta penghuni lain yang turut menyedari kejadian segera ke lokasi itu."
"Salah seorang daripada mereka bertindak mengejar suspek yang memanjat bumbung rumah sebelum menjatuhkan suspek ke bawah.”
Beliau berkata suspek kemudiannya ditahan pihak polis dan dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius dan pemeriksaan polis terhadap badan dan beg suspek menemukan barangan milik tuan rumah tersebut." katanya dalam satu kenyataan di sini semalam
“Saringan air kencing turut dijalankan terhadap suspek dan ujian menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu,”
Tambahan pula, suspek yang juga lelaki tempatan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan satu kes pecah rumah.
“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga tertangkap suspek itu.
Masyarakat di daerah keningau dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan penjenayahan kepada pihak polis.
Selasa, 5 April 2022
KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN 18.2 JUTA KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI TAWAU DAN SEMPORNA
TEAM YBDEA SALUR SUMBANGAN ZINK KEPADA KELUARGA MANGSA BENCANA
KERETA TERBAKAR SECARA TIBA-TIBA, SEORANG LELAKI SEMPAT KELUAR
KES KEMALANGAN MELIBATKAN DUA KENDERAAN, SEORANG WARGAEMAS MAUT
RAMPASAN 1039.82 GRAM DADAH DISYAKI JENIS METHAMPHETAMINE, DUA LELAKI DITAHAN
HAJIJI KETUAI MESYUARAT JKKN SABAH
Isnin, 4 April 2022
CUBAAN PENYELUDUPAN 1.3 TAN DAGING SEJUK BEKU GAGAL
JANGAN MUDAH PERCAYA DENGAN PANGGILAN PALSU -DAVID
5 April 2022, Selasa
KOTA KINABALU: Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh sindiket scammer yang menggunakan nama penguat kuasa seperti polis, kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata kebelakangan ini, ramai yang mudah percaya dan akhirnya terperangkap dengan panggilan-panggilan palsu yang dibuat oleh kumpulan penipuan.
Menurutnya, orang ramai perlu faham bahawa penguat kuasa tidak membuat siasatan melalui panggilan telefon, sebaliknya meminta individu berkenaan hadir ke balai polis atau pejabat LHDN.
“Mereka ini membuat panggilan dengan membuat pelbagai dakwaan seperti ada cukai tertunggak, nama digunakan untuk pinjaman bank, akaun bank diguna untuk aktiviti dadah dan pengubahan wang haram.
“Jangan sesekali percaya dengan panggilan seperti ini sebaliknya tamatkan perbualan dan telefon ke balai berdekatan atau bank yang berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak boleh meminta butiran akaun bank, nombor pin dan apa sahaja maklumat berkaitan perbankan daripada orang ramai melalui panggilan telefon atau teks mesej.
Menyentuh perkara lain, beliau berkata, pengguna juga perlu bijak mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.
“Pembelian depan mata pun ramai yang tertipu, inikan pula online, kedai pun tak ada. Jadi macam mana?
“Di sebalik obses ada segelintir pengguna membeli menggunakan platform online, mereka (pengguna) perlu lebih berhati-hati dan berani menggunakan hak pengguna sekiranya tertipu,” katanya.
David juga berkata, antara penipuan jual beli online yang sering berlaku termasuklah mutu kualiti produk yang tidak sama seperti diiklankan, selain pengguna tidak menerima barangan dijanjikan selepas selesai proses transaksi wang.
“Budaya seperti ini yang kita risaukan. Asalkan tak kena tangkap kita lihat makin ramai yang makin berani menjadi penipu.
Ada juga yang dikesan hanya mula menipu selepas berjaya meyakinkan pelanggan pada mulanya. Ini sesuatu yang tidak betul.
“Jadi, kita harus mengamalkan etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menghindari kejadian sebegini,” katanya.
Pengguna dinasihatkan agar memanfaatkan hak masing-masing jika diperdaya peniaga online termasuk mendesak pemulangan bayaran semula (refund) atau merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
210 PESAKIT COVID-19 SEMBUH - MASIDI
9 LELAKI WARGA TEMPATAN DITAHAN AKIBAT KES PERGADUHAN DI TAWAU
Ahad, 3 April 2022
UPPM SENALLANG SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT KG KABONGAN
PEMBANTU KPMKR SALUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MENDIANG
50 MASJID DAN SURAU SEPANGGAR TERIMA SUMBANGAN DI BULAN RAMADHAN
SEORANG GURU WANITA RUGI RM254,600 AKIBAT TERPEDAYA SINDIKET MACAU SCAM
4 April 2022, Isnin
SIPITANG: Seorang wanita berusia 30 tahun terpedaya dengan panggilan telefon yang mendakwa ‘pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis’ mengakibatkan kerugian sebanyak RM254,600.
Mangsa berkenaan diperdaya sindiket Macau Scam sehingga melakukan transaksi kepada enam akaun bank berlainan sejak 14 hingga 26 Mac lalu.
Menurut Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, guru wanita itu adalah mangsa terbaharu sindiket Macau Scam selepas dua kes dilaporkan sebelum ini yang melibatkan kakitangan pendidikan dan kesihatan.
Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengaku sebagai pegawai LHDN pada 14 Mac lalu.
Pemanggil memaklumkan nama mangsa didaftarkan ke atas sebuah syarikat yang mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM38,500.90.
Walaupun pada mulanya mangsa sangsi dengan panggilan tersebut namun, mangsa menjadi cemas apabila panggilan disambungkan kepada seroang ‘anggota polis’ berpangkat sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.
“Anggota polis itu memaklumkan terdapat satu akaun bank berkaitan dana haram bernilai RM312,000 milik syarikat atas nama mangsa dan mangsa diarahkan untuk mendedahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan oleh bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Cemas dengan situasi itu, mangsa yang terpedaya dengan sindiket tersebut bertindak memindahkan wang ke dalam enam akaun bank berbeza sejak 14 hingga 26 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.
Katanya, mangsa hanya menyedari tertipu pada 30 Mac lalu dan terus membuat laporan polis pada keesokan harinya, kira-kira pukul 12.42 tengah hari kerana bimbang maklumat perbankan serta identitinya disalah guna.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Champin menasihatkan orang ramai agar melakukan semakan nombor telefon daripada individu tidak dikenali dengan pihak polis untuk mendapatkan kepastian bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan Macau Scam.
“Jangan mudah terpedaya dan melayan panggilan telefon daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali dan menyamar sebagai kakitangan LHDN, polis, mahkamah dan sebagainya,” katanya.
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR WANITA PIALA TERTUTUP DI SOOK
SEBUAH BOT CUBA MENCEROBOH MASUK PERAIRAN NEGARA DIUSIR KELUAR
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
SEJARAH AWAL KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH. .PEMBUKAAN KAMPUNG NUMBAK Sejarah awal pembukaan kampung Numbak, M...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...