Khamis, 7 April 2022

PERALATAN BOM IKAN DAN BARANG KAWALAN BERJAYA DIRAMPAS



8 April 2022, Jumaat 

KUDAT: Pasukan Polis Marin berjaya merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Sibogoh pada jam 11.00 pgi, semalam. 

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat ASP Cyrill Douglas berkata semasa pihaknya membuat rondaan dan pemantauan di kawasan laut Pulau Sibogoh Kudat telah mengesan  sebuah pam bot yang mencurigakan cuba melarikan diri ke kawasan cetek dan suspek berjaya melarikan diri dan gagal dikesan. 

Katanya, sewaktu kejar mengejar terlihat suspek telah membuang satu objek ke dalam laut .

Hasil daripada pemeriksaan ke atas objek tersebut menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengebom ikan. 
 
Dalam masa yang sama Polis Marin juga berjaya merampas beberapa liter minyak diesel yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. 

Nilai rampasan
dianggarkan berjumlah sebanyak RM19,450.00.

Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kawalan Bekalan 1961  .

PPM sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...