Khamis, 7 April 2022

KBSS SEDIA MENJADI KAWAN STRATEGIK KWSP


7 April 2022, Khamis 

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sedia menjadi rakan strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) cawangan Sabah dalam program i-Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela. 

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

"Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlet dan kaum belia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat di Kementerian Belia dan Sukan Sabah Wisma MUIS daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai Ketua Cawangan KWSP Sabah  Sabarudin @ Sabree Hassan.

Beliau berkata melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan atlet, usaha ini juga dilihat satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan ini terutamanya bagi mereka yang sudah bersara. 

"Saya menyokong penuh usaha ini berikutan ada dalam kalangan atlet yang sudah bersara tetapi tidak mempunyai simpanan masa hadapan yang tetap untuk menjamin hidup.

“Untuk merealisasikan hasrat itu, kita akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian dan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan sukan di Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlet sukan,” katanya.

Turut hadir Ketua Caruman dan Kewangan Peter @ Awang Damit Mahmud, Timbalan RAS KWSP Sabah Mohf Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruman dan Kewangan KWSP Paul Sibining

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...