Khamis, 7 April 2022

KES SAMUN SEBUAH MOTOSIKAL, DUA LELAKI WARGA ASING BERJAYA DITANGKAP


TAWAU: Dua lelaki warga asing telah berjaya ditahan atas disyaki suspek kes samun yang melarikan sebuah motosikal di Taman Semarak pada Isnin lalu , semalam.

Sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai telah tahan kedua-dua suspek berkenaan dalam satu serbuan di kawasan Ladang Imam Bombalai.   

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner, Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Selasa pada jam 1.24 pagi.

Beliau berkata pada awalnya, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berjumpa dengan kedua-dua suspek kerana mahu menghantar tempahan makanan kira-kira jam 11.30 malam.

“Bagaimanapun, sebaik tiba, suspek bertindak mengarahkan mangsa turun daripada motorsikal dan membuat ancaman sebelum kedua-duanya melarikan motorsikal milik mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya bertindak segera untuk membuat laporan polis di IPD Tawau.

Susulan laporan yang dibuat mangsa, sepasukan polis bertindak menjalankan siasatan dan mengesan kedua-dua suspek.

“Hasil siasatan, kedua-dua suspek yang berumur 33 tahun dan 37 tahun itu berjaya diberkas di sekitar ladang berkenaan." katanya dalam kenyataan media, di sini semalam

Tambahan pula, sebuah motorsikal disyaki barang kes yang ditemukan di kawasan tersebut turut dirampas. 

Jasmin berkata, kedua-dua suspek dan barang rampasan berkenaan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...