Rabu, 6 April 2022

DUA SAKSI DIKESAN UNTUK PERBICARAAN KES BUNUH


7 April 2022, Khamis

KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.

Kedua-dua saksi itu adalah Ana Farhana Musa berusia 34 tahun dan suaminya bernama Ismail Santaro berusia 37 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Haji Ismail berkata, alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn.Bhd.

Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama 4 hari, katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh grup Whatsapp Media PDRM Sabah hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Razali Bin Basa di talian 089-561890 / 019- 6217357 atau pergi ke balai polis berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...