Khamis, 7 April 2022

DATUK ROBERT BERI SUMBANGAN KEPADA TABUNG KELAB WARGA SMK BINGKOR


8 April 2022, Jumaat

KENINGAU: PPM Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor, Tuan Junior Fred Vincent mewakili YB Datuk Robert Tawik Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Tabung kelab warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor did pejabatnya, di sini, tadi.

Sumbangan yang disampaikan ini diterima oleh Pengerusi Kelab Warga SMK Bingkor, Encik Abdul Munir bin Adlan.

Sumbangan ini akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang, antaranya kebajikan kakitangan, majlis persaraan, majlis perpindahan guru dan juga Jamuan Akhir tahun.

Beliau berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat seperti yang diperlukan.

Encik Abdul mengucapkan terima kasih atas keprihatinan daripada Yb Datuk Robert.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...