Khamis, 7 April 2022

PROGRAM KONGSI REZEKI BULAN RAMADHAN ANJURAN FSSA




8 April 2022, Jumaat

KOTA KINABALU: Agihan pek Iftar kepada pelajar-pelajar FSSA oleh Dekan, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau sempena Program Kongsi Rezeki bulan Ramadan anjuran Staf Pentadbiran FSSA dan diketuai oleh Pn. Yazmin Suraya Yusof, Penolong Pendaftar Kanan FSSA di sini, kelmarin. 

Program ini dilaksanakan 2 hari seminggu sepanjang bulan Ramadan dan menyasarkan agihan sebanyak 1760 pek makanan iftar kepada pelajar-pelajar FSSA yang memerlukan. 

Aktiviti agihan pek makanan ini akan berlangsung setiap Khamis dan Jumaat, bertempat di Foyer, FSSA bermula jam 3.00 petang. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang terdiri daripada kakitangan dan rakan-rakan pentadbiran FSSA yang telah bersama-sama menjayakan program ini. 

Beliau berharap program Kongsi Rezeki ini akan memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...