Isnin, 4 April 2022

210 PESAKIT COVID-19 SEMBUH - MASIDI


5 April 2022, Selasa

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memaklumkan bahawa seramai 210 pesakit Covid-19 sembuh yang dijadikan kumulatif berjumlah 368,220 orang pada tarikh 4 April 2022.


Menurutnya,  pesakit pula sedang menerima rawatan iaitu 273 orang di hospital, 15 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan 1 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS).


Manakala, Sebanyak 35 pesakit memerlukan penjagaan kritikal yang merangkumi 30 di ICU serta 5 di open ward dan 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. 


Selain daripada itu, pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melaksanakan penguatkuasaan SOP yang melibatkan 161 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 82 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.


Hasil daripada pemeriksaan itu, tiada sebarang tangkapan dibuat.


“Sebanyak 732 premis perniagaan telah diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta tiada sebarang kompaun, notis dan amaran dikeluarkan.” Katanya.


Seterusnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan Operasi Pematuhan SOP ke atas 549 premis perniagaan dan 932 individu di 18 kawasan.


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan Rondaan Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) dan Rondaan Pemantauan Pematuhan SOP Peringkat Komuniti di 20 premis perniaggan melibatkan 9 Anggota APM sementara Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaksanakan melibatkan 125 anggota.

Sejumlah 58 hebahan di bawah program 'Info On Wheels' Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dilaksanakan di 3 daerah pada hari tersebut.

Masidi juga berkata sebanyak 116 hebahan umum turut dilaksanakan oleh Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Laporan: Sheryn Tom 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...