Isnin, 4 April 2022

9 LELAKI WARGA TEMPATAN DITAHAN AKIBAT KES PERGADUHAN DI TAWAU

 
4 April 2022

TAWAU: Sebanyak sembilan lelaki warga tempatan ditangkap selepas dipercayai terlibat dalam kes gaduh yang tular dalam sosial media di Kabota Square, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan dengan kejadian itu daripada salah seorang mangsa pada jam 12.58 tengah malam.

Selepas menerima laporan itu, pihak polis bertindak dalam menjalankan siasatan di lokasi kejadian tersebut.

Katanya, hasil daripada siasatan awal, beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa memandang suspek ketika berada di dalam premis sehingga berlakunya pergaduhan.

“Mangsa turut melaporkan rantai emas miliknya telah hilang disyaki ditarik oleh salah seorang suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Berdasarkan dalam laporan itu, dua mangsa mengalami kecederaan dalam pergaduhan itu dan dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapat rawatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 20 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.”

Sehubungan itu, beliau berkata kesemua suspek telah dihadapkan di Mahkamah Majistret bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Enam daripada mereka direman selama empat hari sehingga 7 April, dua direman sehingga esok dan seorang lagi sehingga petang ini.” 

“Setakat ini, polis sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas dan menasihatkan masyarakat supaya tidak menularkan maklumat yang tidak sahih kepada umum.

Jasmin menggesa kepada masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kes pergaduhan itu diminta untuk menghubungi IPD Tawau atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...