Ahad, 3 April 2022

UPPM SENALLANG SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT KG KABONGAN


4 April 2022, Isnin

SEMPORNA: Kejadian ribut yang berlaku minggu lalu di Kampung Kabongan telah menyebabkan kerosakan sebahagian bumbung rumah mangsa tersebut.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Senallang N.65, YBhg.Tuan Adam Shah Mohammad bersama kakitangan UPPM Senallang telah melawat serta membuat tinjauan ke rumah mangsa untuk melihat rangka bentuk bantuan yang diperlukan.

Beliau berkata bentuk bantuan akan dipertimbangkan mengikut bersesuaian bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

Dalam lawatan itu, beliau juga turut menghulurkan bantuan sumbangan ikhlas wang ringgit untuk meringankan beban keluarga mangsa tersebut. 

“Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan yang di berikan dapatlah meringankan beban keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa tabah dengan kejadian yang menimpa dan ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.” Katanya. 

Turut hadir dalam lawatan turun padang tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat, Encik Al Firdaus Habi, Pemaju Masyarakat, Encik Fazrie Ab Harun dan Ketua Kampung Kabogan Encik Hassab Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...