Isnin, 4 April 2022

CUBAAN PENYELUDUPAN 1.3 TAN DAGING SEJUK BEKU GAGAL


5 April 2022, Selasa

SEMPORNA: Sebuah bot berwarna biru tua telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin Semporna atas cubaan penyeludupan 1.3 tan daging sejuk beku ke luar negara jiran di kawasan Laut Utara Pom-Pom, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Tuan Mohamad Bin Ismail berkata semasa pihaknya membuat rondaan bergerak pada jam lebih kurang 9.30 malam, buah bot berkenaan telah dikesan dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, polis Marin bertindak segera dengan menahan bot itu dan membuat pemeriksaan yang lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati 80 kotak daging ayam dan 5 kotak daging lembu ditemukan dengan anggaran keseluruhan seberat 1300 kilogram.

Tambahan pula, suspek disyaki hendak diseludup ke negara Filipina.

Menurutnya, suspek dan kesemua daging beserta bot tersebut ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. 

Katanya, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 36,900.00 dan kes akan dirujuk ke Jabatan Veterina Semporna untuk siasatan lanjut.

Tuan Mohammad menggesa kepada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti atau maklumat yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian '0139391197'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...