Ahad, 3 April 2022

50 MASJID DAN SURAU SEPANGGAR TERIMA SUMBANGAN DI BULAN RAMADHAN


4 April 2022, Isnin

KOTA KINABALU: Sebanyak 50 Masjid dan Surau di kawasan Sepanggar telah menerima sumbangan dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Haji Yakub Khan pada 2 April yang lalu.

Menurutnya, majlis itu bertujuan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak rm1,000, makanan (kurma) 10kg dan air mineral 10 kotak kepada masjid dan surau di kawasan tersebut.

“Saya tahu ia tidak mencukupi, tetapi sebagai pemimpin saya rasa terpanggil untuk saya membantu setiap masjid dan surau Di kawasan kita.” Katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Beliau berharap agar sumbangan yang disampaikan itu menjadi bahan dan peruntukan yang boleh dimanfaatkan untuk program membuka puasa.

Yakub yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepanggar juga menyeru agar pihak masjid dan surau memanfaatkan sumbangan berkenaan di bulan Ramadan Ini.

“Yang penting niat kita bersama. Semoga kita dijauhkan daripada musibah. Mudah-mudahan kita sama-sama dilindungi Allah SWT, ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Daerah Kota Kinabalu, OKK Datuk Saidon Haji Kadis; PPM N.16 Karambunai, Matlan Haji Taman; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepanggar merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafidz Yakub; Ketua Puteri UMNO Sabah merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Fadillah Haji Sarbi; Setiausaha UMNO Bahagian Sepanggar, Wan Maridah Chomar dan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Sepanggar, Mohd Yusdy Rahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...