Selasa, 5 April 2022

RAMPASAN 1039.82 GRAM DADAH DISYAKI JENIS METHAMPHETAMINE, DUA LELAKI DITAHAN



6 April 2022, Rabu 

TAWAU: Dua lelaki warganegara telah ditahan serta dirampas sebanyak 1039 gram ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Methamphetamine yang bernilai lebih kurang RM36,000 pada jam lebih kurang 1.40 tengah hari di kawasan tempat letak kereta, Pasaraya Bataras tarikh 4 April 2022 lalu.

Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berkata suspek itu berumur dalam lingkungan 20 tahun sehingga 30 tahun dan ditahan semasa menjalankan OPS Tapis di lokasi tersebut.

"Ketika serbuan dilakukan pihak polis telah menahan kedua-dua suspek tersebut bersama dua buah kenderaan jenis Isuzu Dmax dan Honda Civic serta merampas satu bungkusan plastik yang mengandungi ketulan disyaki syabu."

"Salah seorang suspek juga cuba bertindak melarikan diri dari kepungan polis namun berjaya ditahan."

Lanjutan daripada tangkapan tersebut, wang tunai sebanyak RM50,000 ribu telah disita.
 
Sehubungan itu, barang rampasan telah dibawa ke IPD Tawau dan kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau bagi tujuan permohonan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Yang Arif Majistret telah membenarkan reman selama tujuh (7) hari sehingga 11 April 2022.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...