Selasa, 5 April 2022

KES KEMALANGAN MELIBATKAN DUA KENDERAAN, SEORANG WARGAEMAS MAUT


6 April 2022, Rabu

BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Toyota Yaris dan Perodua Kancil pada jam lebih kurang 12 tengahari di Kampung Takuli, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, mangsa berkenaan berusia 72 tahun yang memandu kereta Perodua kancil disahkan meninggal semasa mendapatkan rawatan di hospital Beaufort.

Menurutnya, hasil daripada siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta Toyota Yaris yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung bahagian depan dengan kereta Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan. 

Dalam kemalangan itu mengakibatkan mangsa wargaemas itu mengalami cedera parah manakala pemandu lelaki itu tidak mengalami kecederaan.

Tambahan pula, kedua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.

Walaubagaimanapun, pemandu Toyota Yaris ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...