Selasa, 5 April 2022

KERETA TERBAKAR SECARA TIBA-TIBA, SEORANG LELAKI SEMPAT KELUAR


6 April 2022, Rabu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki selamat apabila sempat keluar daripada kereta yang dipandu terbakar secara tiba-tiba berhampiran lampu isyarat di Indah Permai Jalan Sepanggar, awal pagi, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 pagi dam bergegas ke lokasi kejadian tersebut. 

Dalam kejadian itu, pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera.

Katanya, kebakaran itu dapat dikawal pada jam 6.30 pagi.

Tambahan pula, tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

Sehubungan itu, operasi pemadaman api ditamatkan pada 6.35 pagi selepas pihak bomba membuat pemeriksaan di tempat kejadian itu untuk memastikan tiada sebarang bahaya yang ditinggalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...