Ahad, 3 April 2022

SEBUAH BOT CUBA MENCEROBOH MASUK PERAIRAN NEGARA DIUSIR KELUAR


4 April 2022, Isnin

SANDAKAN: Sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki telah diusir selepas cuba menceroboh masuk perairan negara, di kawasan Pulau Nunuyan lewat petang, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata bot berkenaan dikesan dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas. 
 
Pihaknya telah menahan bot tersebut dan melakukan pemeriksaan yang lanjut.

Hasil daripada pemeriksaan itu, juragan lelaki itu adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mendakwa berasal daripada Filipina.

Oleh kerana itu, Bot tersebut telah diusir keluar dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan Negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan 

PPM menggesa kepada masyarakat persisir pantai dan maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai undang-undang yang dilanggar melalui aplikasi whatsApp di talian 0139391197.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...