Khamis, 31 Mac 2022

SEORANG LELAKI TERPEDAYA SINDIKET MACAU SCAM, RUGI RM747, 000.00 DITIPU


 1 April 2022, Jumaat

TAWAU: Padah percaya kepada panggilan telefon palsu menyamar sebagai pegawai Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang lelaki terpedaya dengan sindiket Macau Scam. 

Sindiket Macau Scam melakukan penipuan menggunakan teknik 'spoofing' iaitu penyamaran nombor talian apabila pemanggil menggunakan perkakasan Internet ketika membuat panggilan melalui internet (VOIP).

Seorang mangsa lelaki menerima panggilan telefon daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa nama mangsa digunakan untuk mengambil ubat di hospital lain. Pada mulanya mangsa berasa sangsi dengan panggilan telefon tersebut namun sindiket menggunakan lagi taktik penyamaran sebagai polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, polis palsu tersebut bertindak meyakinkan mangsa bahawa kononnya mendakwa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram serta penyeludupan dadah.

"Selepas itu, mangsa dikehendaki memberi maklumat kad bank dan perbankan dalam talian kononnya bertujuan mengenal pasti sama ada mangsa terbabit dengan masalah pengubahan wang haram.

Percaya kepada helah tersebut, mangsa kemudiannya membuat 16 transaksi pemindahan wang kepada akaun milik individu tersebut.

Menyedari telah tertipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis dan kes ini akan disiasat dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

ACP Jasmin mengingatkan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dengan sindiket Macau Scam ini. 

Orang ramai turut diingatkan bahawa dalam sistem negara ini sesuatu institusi kerajaan tidak mempunyai hak untuk menyambungkan panggilan kepada institusi kerajaan lain dalam satu panggilan yang sama.

Masyarakat juga dinasihati untuk memuat naik aplikasi 'Semak Mule CCID' untuk membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun bank sebelum membuat sebarang urusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...