Ahad, 3 April 2022

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR WANITA PIALA TERTUTUP DI SOOK


 4 April 2022, Isnin

KENINGAU: Sebanyak 6 pasukan yang mewakili setiap Mukim telah menyertai pertandingan Bola Tampar Wanita Piala Tertutup yang diadakan bertempat di Gelanggang Balai Bomba Sook pada tarikh 2 April 2022 lalu. 

Antara pasukan yang menyertai serta mewakili mukim adalah Pasukan kilo (Mukim Lanas) KBKL mix ( Lalapakon ) (Mukim Lanas), Pasukan pauh mix (Mukim tulid), Pasukan Batu Lunguyan mix (Mukim tulid), Pasukan minawo (Mukim sebrang) dan Pasukan bomboi (Mukim sebrang).

Yb Flovia Ng merangkap Wakil Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.44 telah menghadiri dan merasmikan pertandingan tersebut. 

Dalam pertandingan itu, pasukan Kilo telah dinobatkan sebagai juara dan pasukan Batu Lunguyan mix pula memenangi Naib Johan. 

Bagi pasukan Minawo pula, mereka memenangi tempat ke-tiga dan seterusnya pasukan KBKL mix yang ditempatkan ke-empat. 

Manakala, pasukan Pauh mix dan pasukan Bomboi pula memenangi saguhati. 

Susulan dengan perkara itu, YB Flovia  menyampaikan hadiah kepada pemenang mengikut bahagian. 

Selepas sahaja selesai penyampaian hadiah, Yb Flovia turut menyampaikan sumbangan kepada balai bomba sook untuk keperluan pembaikkan gelanggang bola tampar balai bomba sook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...