Rabu, 6 April 2022

PATI CUBA CEROBOH MASUK KE PERAIRAN NEGARA DIUSIR KELUAR



7 April 2022, Khamis

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Wilayah Semporna telah mengusir sebuah bot yang dijuragani seorang lelaki pendatang asing bersama 4 orang yang berasal daripada Filipina atas cuba menceroboh masuk perairan negara, di kawasan Pulau Nunuyan lewat petang semalam.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata bot berkenaan telah dikesan dalam keadaan yang mencurigakan sebelum ianya berjaya dipintas kira-kira jam 9 pagi tadi.

Katanya, pihaknya bertindak segera dengan menahan serta melakukan pemeriksaan yang lanjut ke atas bot tersebut.

Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada  Filipina. 

Sehubungan itu, bot tersebut kemudiannya diusir dengan diiringi keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19.

"Kesemua diarahkan supaya tidak memasuki perairan Negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak Covid 19." Katanya.

PPM menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor 0139391197 atau terus ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...