Rabu, 6 April 2022

SEORANG LELAKI MENCEROBOH RUMAH ORANG BERJAYA DITANGKAP


6 April 2022, Rabu

KENINGAU: Seorang lelaki yang bertindak memecah masuk sebuah rumah di taman perumahan telah ditangkap kira-kira pada jam 9 malam, kelmarin.

Tindakan lelaki berkenaan telah membawa padah terhadap penduduk yang tinggal di rumah terbabit sehingga menjadi perhatian orang ramai selepas rakaman menjadi tular di sosial media.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata salah seorang penduduk memaklumkan kejadian kepada pihak polis apabila menyedari rumahnya dimasuki oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Selepas menerima makluman itu, pihak polis bertindak segera dengan menghantar anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau ke lokasi kejadian tersebut. 

“Orang awam serta penghuni lain yang turut menyedari kejadian segera ke lokasi itu."

"Salah seorang daripada mereka bertindak mengejar suspek yang memanjat bumbung rumah sebelum menjatuhkan suspek ke bawah.”

Beliau berkata suspek kemudiannya ditahan pihak polis dan dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius dan pemeriksaan polis terhadap badan dan beg suspek menemukan barangan milik tuan rumah tersebut." katanya dalam satu kenyataan di sini semalam

“Saringan air kencing turut dijalankan terhadap suspek dan ujian menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu,”

Tambahan pula, suspek yang juga lelaki tempatan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan satu kes pecah rumah. 

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga tertangkap suspek itu.

Masyarakat di daerah keningau dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan penjenayahan kepada pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...