Selasa, 5 April 2022

KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN 18.2 JUTA KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI TAWAU DAN SEMPORNA


6 April 2022, Rabu

TAWAU: Sebanyak RM18.2 juta akan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada mangsa kebakaran yang terjejas pada 17 Mac 2022 di Tawau dan pada tahun 2015 di Semporna. 

Jumlah peruntukkan itu bagi pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dan lebih 1,000 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka. 

Manakala sejumlah RM8.2 juta pula adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau- Bangau di Semporna.

Selain daripada itu, seramai 200 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) akibat terjejas dengan kebakaran yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas baru-baru ini sempena majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau, pagi tadi.

Tambahan pula, 408 KIR akan menerima bantuan sebanyak RM500 bagi setiap KIR.  

“Kerajaan Negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan Pembantu Menterinya, Datuk Julita Majungki serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan wakil rakyat Tawau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...