Selasa, 19 April 2022

12 individu, pemilik syarikat mengaku salah, kemuka penyata bank palsu

12 individu, pemilik syarikat mengaku salah, kemuka penyata bank palsu
KOTA KINABALU: Seramai 12 individu termasuk pemilik syarikat yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini mengaku bersalah terhadap 36 pertuduhan mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender membekal makanan bermasak ke asrama serta hospital yang bernilai RM28,389,899.
Kesemua tertuduh masing-masing Tekenah Aring, 36, Naima Omopor, 47, Darius Pengeran, 29, Amira Atirah, 25, Irwan Gintaun, 34, Asrin Songorou, 29, Emeylina Tanggauh, 38, Faizal Mingin, 40, Pulali Angsabung, 31, Sahadi Andawai, 23, Rosnah Lutok Umur, 33, Menly Masikar, 31 dan Erar Angsabung, 53 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh mengemukakan penyata akaun palsu kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menipu bagi tujuan mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Negeri Sabah.
Antara sekolah terbabit termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran Nabawan, SMK Nabawan, SMK Nabawan II, SMK Keningau II, SMK Gunsanad Keningau, SK Kebulu Sook, SK Pekan Pensiangan, SK Longgongon, SMK Agama Limauan, SMK Matupang Jaya dan SK Sibangali serta Hospital Kota Belud bagi tempoh 2015 hingga 2018.
Untuk kesemua kesalahan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan memohon agar hukuman denda yang berat dan setimpal dikenakan kepada tertuduh bagi menunjukkan bahawa kesalahan menggunakan dokumen palsu ini adalah amat serius dan melibatkan kepentingan awam selain semakin banyak kes yang melibatkan penggunaan dokumen palsu kebelakangan ini.
Setiap tertuduh mengaku bersalah untuk kesemua tiga pertuduhan dengan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan jumlah keseluruhan denda kepada kesemua tertuduh adalah sebanyak RM 15,000 dan kesemua tertuduh membayar denda ditetapkan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah

Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...