BORNEO_MEDIA.COM telah menjadi mata dan telinga rakyat sabah. kami akan menjadi medium utama untuk menyalurkan maklumat atau isu-isu berbangkit kepada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. berita kami akan sentiasa dikemaskini 24 jam dan sahih sebelum disampaikan kepada rakyat.
Isnin, 31 Oktober 2022
PRU15: BN DAN GRS UMUM CALON RABU INI
SAPP proposes lawyer, businessman to contest in KK, Sandakan
Lau Chi Keong Yong Yit Jee
KOTA KINABALU (Oct 31): Sabah Progressive Party (SAPP) has proposed its candidates for the parliamentary constituencies of Kota Kinabalu and Sandakan.
In view of the fact that “experience matters” at this stage of Sabah’s participation at the federal parliament, the party is proposing a practicing lawyer and a retired senior civil servant respectively for Kota Kinabalu and Sandakan.
For Kota Kinabalu, SAPP proposes lawyer Yong Yit Jee, age 35, who is the lead of the legal team who drafted the proposed “Sabah IC Enactment 2022”.
Having practised law in Kuala Lumpur for four years, Yong has also taken up cases on public interests, such as challenging the dissolution of the Sabah Legislative Assembly in 2018 and the appointment of the Sabah Water Department director.
Yong is a member of the SAPP Supreme Council and a Vice Chairman of the SAPP Youth Movement.
Born in Kota Kinabalu, he is also a member of a legal team who is taking legal action to compel the Election Commission and the National Registration Department to do a forensic audit of the electoral rolls and the validity of MyKad respectively.
As for Sandakan, SAPP proposes Lau Chi Keong @ Thomas Lau, aged 73, who last served as the deputy president of the Sandakan Municipal Council.
Sandakan-born Lau is well known for his social activities and service to the local community.
He is a successful businessman who has decided to dedicate his time and energy to the people of Sandakan. He was elected as vice president of SAPP at its congress on Sept 3, 2022.
Ahad, 30 Oktober 2022
ℙ𝕖𝕟𝕒𝕞𝕒𝕒𝕟 𝕔𝕒𝕝𝕠𝕟: 𝔹𝕦𝕟𝕘 𝕄𝕠𝕜𝕥𝕒𝕣 𝕞𝕚𝕟𝕥𝕒 𝕤𝕖𝕞𝕦𝕒 𝕓𝕖𝕣𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟𝕘
Seramai 13 buah pasukan belia dari seluruh Sepanggar telah menyertai Futsal Silaturrahim Sepanggar. Semua pemain pun sporting habis! Steadylah!
PKDM P171 SEPANGGAR TERIMA 105 KEAHLIAN
Rabu, 26 Oktober 2022
Fairuz dilantik Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan negeri, Datuk Fairuz Renddan sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan.
Berikutan pelantikan itu, jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan negeri yang dikosongkan oleh Fairuz akan diisi oleh ADUN Kukusan, Rina Jainal.
Hajiji berkata, pelantikan Fairuz sebagai
Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan sudah diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
“Majlis angkat sumpah Fairuz (Datuk) akan ditetapkan oleh pihak Istana Negeri,” katanya ketika mengumumkan rombakan kecil itu menerusi satu kenyataannya di sini hari ini.
Ketua Menteri turut mengumumkan pertukaran dua pembantu menteri membabitkan Kementerian Kewangan negeri dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Pertukaran dua pembantu menteri itu dilakukan berikutan pengosongan portfolio bagi jawatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas penyandangnya, Datuk Wetrom Bahanda yang bertindak meninggalkan Kerajaan Negeri pada pertengahan Oktober lalu.
Berikutan pengosongan itu, tempat Wetrom akan digantikan oleh Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan manakala jawatan Nizam akan diisi oleh Datuk Julita Majungki, yang sebelum ini adalah Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Selasa, 25 Oktober 2022
PRU15: JUMARDIE LUKMAN CALON PARTI KDM DI PARLIMEN SEPANGGAR
PRU-15: KDM UMUM CALON DI KIMANIS DAN SEPANGGAR
PRU15: Shahelmey sedia tanding sekiranya dicalonkan kerusi Parlimen
PRU15: Shahelmey sedia tanding sekiranya dicalonkan kerusi Parlimen
“Kalau diberi peluang untuk menggalas ataupun dijadikan calon untuk kerusi Parlimen, saya akan bersedia seterusnya akan mewakili kawasan yang diberikan tetapi ini semua tertakluk kepada pengumuman pemilihan calon daripada parti saya, Barisan Nasional.
“Buat masa ini belum ada pengesahan lagi dan belum ada pengumuman, kita akan tunggulah pengumuman yang akan dibuat dalam sedikit masa lagi,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Program Latih Amal Simulasi Pusat Pemindahan Sementara yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di Pusat Kebudayaan Penampang dekat sini hari ini.
Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti (Barisan Nasional), ianya satu pengiktirafan dan juga amanah yang perlu dipikul yang memastikan bahawa ia boleh menyumbang satu kerusi kepada parti bagi tujuan menubuhkan kerajaan stabil dan makmur.
“Dan sekiranya diberi peluang, sudah semestinya saya pilih Putatan tetapi semuanya terpulang kepada pucuk pimpinan parti Barisan Nasional,” katanya.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu kerusi Parlimen P.173 Putatan dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Awang Husaini Sahari dengan majoriti 2,339 dari 14,106 jumlah undi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, sebanyak 223 buah pusat pemindahan sementara telah dikenal pasti di seluruh Negeri Sabah dan kapasiti boleh memuatkan 124 ribu mangsa bencana dalam sesuatu masa.
“Program Latih Amal Simulasi Pusat Pemindahan Sementara ini sebagai persediaan kita dalam menghadapi kesan Monsun Timur Laut dijangka melanda negeri kita di Sabah pada akhir bulan ini sehingga Mac 2023.
‘Dalam kesibukan kita melakukan persediaan mengadakan mesyuarat, pembentukan-pembentukan jawatan kuasa latih amal ini juga merupakan sesuatu aktiviti yang bertepatan kerana ianya dapat mempraktikkan apa juga persediaan yang kita lakukan.
“Untuk jabatan dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat iaitu di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, tugas jabatan ini secara langsung pada sesuatu kejadian bencana adalah untuk memastikan bahawa proses pendaftaran mangsa-mangsa bencana dapat dibuat dengan efektif dan efisien di pusat pemindahan sementara.
“Pusat ini juga akan menyediakan pelindungan, makanan seterusnya menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa-mangsa banjir atau bencana yang mungkin menghadapi trauma dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Shahelmey turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, jawatan kuasa pusat kawalan bencana-bencana yang terlibat dan petugas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah serta sukarelawan kebajikan terhadap simulasi pengurusan Pusat Pemindahan Sementara ini.
Cubaan seludup rokok berjaya dipatahkan
Cubaan seludup rokok berjaya dipatahkan
TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 4,560 karton rokok putih bernilai RM156,000 di kawasan Sungai Merotai Kecil di sini pada 20 Oktober lalu.
Ia merupakan rampasan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Maritim Malaysia Tawau yang sedang menjalankan rondaan Ops Pluto Timur dan Ops Sejahtera di perairan Tawau.
Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau,Komander Maritim Amiludin Yengah berkata, rondaan lebih kurang jam 4.45 pagi itu berjaya mengesan sebuah bot laju yang bergerak dari arah Pulau Sebatik menuju ke Tawau di kedudukan 1.4 batu nautika selatan Sungai Merotai Kecil.
“Dalam suasana gelap dan jarak penglihatan yang terhad,usaha pengejaran bot tersebut telah menemukan lokasi pemunggahan dimana terdapat dua buah bot laju dan sebuah lori kargo yang sedang menjalankan aktiviti pemunggahan rokok seludup.

“Menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia,tekong bot dan kesemua suspek yang berada di lokasi kejadian telah bertindak melarikan diri ke kawasan hutan bakau berhampiran dan meninggalkan kesemua kotak dipercayai rokok tidak bercukai,dua buah bot laju dan sebuah lori kargo,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amiludin berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian telah menemukan 3,500 kotak rokok jenama Astro, 500 karton rokok jenama Asatu Kretek,560 karton jenama Asatu Mild.
“Turut ditemukan dua buah bot kayu tidak berdaftar dengan enjin 200 kuasa kuda setiap satu serta sebuah lori kargo tiga tan.
“Kesemua barangan dan kenderaan yang digunakan sindiket dirampas untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 atas kesalahan penyeludupan rokok tidak bercukai,” katanya.
Beliau berkata, nilai rokok yang dirampas adalah berjumlah RM156,000 dan keseluruhan rampasan termasuk kenderaan kira-kira RM300,000.
Katanya, siasatan akan dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam sindiket ini dan beliau percaya bahawa sindiket penyeludupan ini mendapat bekalan rokok seludup dari negara jiran.
“Modus operandi adalah membawa masuk pada waktu sunyi dengan menggunakan bot berkuasa tinggi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa. Ini merupakan kes kedua pada tahun ini melibatkan aktiviti penyeludupan rokok,” katanya.
Dalam pada itu, dalam dua kes berasingan, sebuah bot ‘Barter Trade’ dari Filipina dan sebuah bot kargo tempatan turut ditahan Maritim Malaysia atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa permit yang sah tempoh hari.
parti kdm umum calon Sepanggar kimanis pru15
PBS Akan Cadangkan Tiga TPM Sebagai Agenda Pertama MKMA63 Selepas PRU15
PBS Akan Cadangkan Tiga TPM Sebagai Agenda Pertama MKMA63 Selepas PRU15
KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mencadangkan pelantikan tiga timbalan perdana menteri (TPM) untuk Malaysia, sebagai agenda pertama Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63), selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Sambil menyambut baik cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak) mengambarkan perkara itu sebagai sesuatu yang sepatutnya telah lama dilaksanakan.
Ongkili tegaskan bahawa PBS sebagai ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyokong penuh cadangan itu, dan menambah bahawa menjadikannya satu kenyataan merupakan selaras dengan peruntukan perlembagaan untuk memberikan Sabah dan Sarawak status yang sama dalam Persekutuan Malaysia.
“Ia akan mengambarkan Malaysia yang baharu. Ia akan menjadi satu langkah kehadapan yang besar untuk Persekutuan Malaysia, dan saya konfiden ia akan dipersetujui sepenuhnya oleh MKMA63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid mencadangkan tiga jawatan TPM diwujudkan bagi mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, jika BN memenangi PRU15 dengan dominan
Beliau berkata BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, supaya cadangan ini dimasukkan ke dalam manifesto BN dan GPS untuk PRU15.
Ongkili berkata perkara berkaitan pelantikan timbalan perdana menteri bagi Sabah dan Sarawak telah dibincangkan dalam MKMA63 berikutan permintaan orang ramai, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak, agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan tersebut.
“Malah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu sedang meneliti perkara tersebut dalam soal status sama rata untuk Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan,” katanya. – BERNAMA
𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮!
Isnin, 24 Oktober 2022
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍𝟐𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐
Isnin, 17 Oktober 2022
SAPP menggesa audit Forensik, dan siasatan ke atas daftar pemilih
Kota Kinabalu: Peningkatan mendadak 574,120 pengundi baharu di Sabah, seperti yang dilaporkan dalam media tempatan hari ini, berkemungkinan besar disebabkan kemasukan ramai pemegang Mykad yang meragukan dari era “Projek IC” yang lalu.
Ini kerana kebanyakan pemegang kerakyatan yang diragui (IC atau Mykads) tidak didaftarkan sebagai pemilih kerana mereka (warga yang diragui) takut dikesan oleh pihak berkuasa jika mereka muncul untuk mendaftar sendiri di SPR (suruhanjaya pilihan raya) atau dimana-mana pejabat kerajaan.
Pendaftaran pengundi secara automatik telah diwujudkan oleh bekas kerajaan Pakatan/Warisan pada 2019. Tetapi sebaik sahaja pendaftaran pengundi secara automatik berkuat kuasa semua Mykad/IC dalam pangkalan data JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi.
Pemeriksaan awal daftar pilihan raya 2022 mendapati ramai pengundi baharu berumur lebih 30 tahun, dan ada yang berumur 60 tahun, dikategorikan sebagai “Lama Layak, Baru Daftar”.
Mustahil begitu ramai pengundi pertengahan umur baru sekarang (tahun 2020-2022) mendaftar sebagai pengundi. Kebanyakan, jika tidak semua, warganegara tulen berumur 30 tahun ke atas sudah menjadi pengundi sebelum 2018.
Oleh itu, kategori pengundi baru pertengahan umur ini, hampir kesemuanya adalah pengundi yang mencurigakan. Ini bukan pengundi Undi 18.
Justeru SAPP menyeru SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk segera melakukan audit forensik dan siasatan mendalam terhadap pengundi baharu bagi menapis pengundi yang meragukan sebelum hari pengundian.
SPR dan Polis juga mesti memberi amaran kepada pemegang Mykad yang diragui bahawa jika mereka turun mengundi pada pilihanraya umum kali ini, sekiranya didapati akan berdepan dengan risiko ditangkap.
IC Sabah penyelesaian jangka panjang.
untuk jangka masa panjang, sebelum pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, penyelesaian lengkap kepada isu Projek IC adalah dengan melaksanakan Sabah IC. Dengan perlaksanaan Sabah IC, kita dapat menapis masalah dokumen kewarganegaraan yang meragukan.
Tidak hairanlah 7,000 pengundi baharu di satu penempatan setinggan warga asing haram dikesan. Terletak di belakang 1Borneo, penempatan haram ini hampir-hampir diwartakan sebagai sebuah kampung pada 2019 oleh bekas kerajaan haram Warisan, seperti yang dicadangkan oleh ahli parlimen Sepanggar ketika itu.
Semua ADUN GRS, BERSATU sokong, kekal bersama kepimpinan Ketua Menteri
KOTA KINABALU : Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus memberi sokongan kukuh kepada gabungan itu dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun kepada Sabah Media menerusi WhatsApp di sini malam ini.
Ia termasuklah ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
“Semua ADUN GRS dan BERSATU menyokong GRS dan Ketua Menteri termasuk Datuk Rubin (balang) yang tidak dapat hadir perjumpaan pada malam ini,” katanya.
Difahamkan, wakil-wakil rakyat GRS dan BERSATU telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor malam ini.
Sebelum ini, empat ADUN GRS dilaporkan beralih angin untuk menyokong Parti Warisan (WARISAN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Antaranya ialah ADUN Pitas Datuk Ruddy Awah: Datuk Masiung Banah (Tongod); Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan)
Sabtu, 15 Oktober 2022
Kota Kinabalu: Kesediaan parti komponen GRS serentak menggunakan satu logo, iaitu lambang GRS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan kejayaan gabungan demi visi bersama, kata Jamain Sarudin.
Kota Kinabalu: Kesediaan parti komponen GRS serentak menggunakan satu logo, iaitu lambang GRS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan kejayaan gabungan demi visi bersama, kata Jamain Sarudin.
Mengenai pembahagian kerusi, Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Jamain berkata beliau yakin, dengan kebijaksanaan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah, ianya dapat diselesaikan secara permuafakatan yang ujud.
“Setiap parti komponen gabungan pastinya mempunyai perancangan tersendiri dan berhasrat untuk bertanding di beberapa kawasan.
Itu perkara biasalah,” kata Jamain dalam satu kenyataan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda SAPP kali pertama ekoran kongres parti pada September lalu.
Beliau menambah beliau percaya semua pemimpin parti komponen GRS akhirnya akan bersetuju dengan keputusan muktamad dengan konsensus.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah didaftarkan dan disahkan pada 11 Mac 2022 dengan parti komponen termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU atau PPBM), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) kemudiannya diterima sebagai ahli GRS, manakala beberapa parti lain seperti Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) telah memohon untuk menyertai GRS. .
"GRS adalah simbol perpaduan bagi rakyat Sabah kerana ia merupakan gabungan politik tempatan pertama yang berdaftar di Sabah, yang menyatu-padukan pemimpin-pemimpin politik Sabah.
Jamain yang juga Timbalan Ketua Pemuda GRS menjelaskan bahawa sebenarnya GRS yang membimbing dan memantau kerjasama antara semua parti komponennya termasuk PBBM, bukannya sepertimana yang didakwa pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat
Untuk menerangkannya, setiap calon yang akan bertanding menggunakan simbol GRS, perlu mendapatkan surat watikah pencalonan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pengerusi GRS, bukan oleh presiden mana-mana parti komponennya mahupun presiden PPBM.
ADUN Bandau keluar Bersatu, umum masuk Warisan
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Wetrom Bahanda dilaporkan keluar daripada Bersatu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyertai Warisan.
ADUN Bandau Wetrom Bahanda mengumumkan keluar Bersatu pagi tadi. (Gambar Facebook)Penyelaras KDM Warisan Unity Matunggong, Jominit Kobuhi, berkata Wetrom mengumumkan perkara itu dalam satu majlis bersama penyokongnya di Matunggong, pagi tadi.
“Ya memang betul, dia umum di hadapan penyokongnya di sebuah dewan kebudayaan di Matunggong.
“Saya juga dijemput, tapi saya tidak hadir kerana saya Warisan dan program beliau bukan program rasmi parti, tapi memang itulah yang berlaku (Wetrom umum keluar GRS dan sertai Warisan).
“Apapun kita tunggu pengumuman atau kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan Warisan,” katanya.
Jominit berkata, beliau difahamkan Wetrom turut mengumumkan mahu bertanding di Parlimen Kota Marudu atas tiket Warisan.
“Itu hasrat beliau (Wetrom), kami tiada masalah dengan itu (mahu bertanding di Kota Marudu), tapi pada akhirnya pucuk pimpinan yang akan buat keputusan,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial mengatakan Wetrom yang juga pembantu menteri kepada ketua menteri keluar daripada GRS untuk menyertai Warisan.
Hantaran yang tular itu turut menyaksikan gambar Wetrom bersama penyokongnya menunjukkan simbol jari “W” yang sinonim dengan Warisan.
Sementara itu, Presiden Warisan Shafie Apdal ketika ditemui media dalam satu program parti di Papar enggan mengesahkannya dan memaklumkan Wetrom sendiri belum bertemu dengan beliau.
“Kita tunggu bila sampai waktunya, dia (Wetrom) pun belum jumpa dengan saya, itu di Facebook (Wetrom keluar GRS dan sertai Warisan).
“Tunggu dulu, bila sampai waktu sesuai saya akan berkata sesuatu mengenainya,” katanya.
Sumber FMT
Jumaat, 14 Oktober 2022
pengundi di Sepanggar paling tertinggi
harapan Anak Muda Di kawasan Sepanggar
Rabu, 12 Oktober 2022
Abqaree Fawwaz Abekan telah merasmikan Program Pathfinder Youth Camporee Wilayah 9, yang telah diadakan Diana Homestay Kibunut, Penampang.Difahamkan, sekitar 400 lebih
Isnin, 10 Oktober 2022
Dewan Rakyat bubar berkuat kuasa hari ini
KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara tengah hari semalam.
“Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.
“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan disiarkan secara langsung di televisyen jam 3 petang tadi.
Ismail Sabri sebelum itu memulakan pengumuman khas dengan mengimbas amanah dan tanggungjawab yang dipikul beliau sepanjang tempoh negara diselubungi tri-lema pandemik COVID-19.
Katanya, Kerajaan ini bertanggungjawab dan sentiasa membuat perancangan yang teliti dalam semua perihal.
Tambahnya, ketika negara berhadapan krisis kesihatan misalnya, Kerajaan meletakkan kepentingan Keluarga Malaysia di atas segala-galanya.
“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan seluruh Keluarga Malaysia, yang sentiasa memberikan sokongan ampuh dalam membantu Kerajaan membendung penularan COVID-19,” katanya.
Susulan pembubaran, Ismail Sabri mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.
Katanya, ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.
“Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
GRS bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua parti komponen GRS bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan telah pun mencapai beberapa perjanjian termasuk menggunakan logo GRS.
Hajiji berkata, jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan parlimen sudah bersedia diaktifkan semula dan semua pihak komponen juga telah membuat persiapan masing-masing dalam semangat GRS sebenar.
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Hajiji yang merupakan pengerusi GRS mengulangi pendirian bahawa Kerajaan Negeri GRS-BN masih mempunyai masa tiga tahun untuk berkhidmat, oleh itu, pembubaran DUN Sabah tidak diperlukan.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub mengumumkan pembubaran Parlimen pada Isnin untuk membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau juga berkata semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dinasihatkan supaya membubarkan juga DUN masing-masing supaya pilihan raya negeri mereka dapat diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ketua Menteri telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa bantuan bencana untuk turun padang mengendalikan dan menilai kerosakan akibat banjir yang telah menenggelami beberapa bahagian Kota Kinabalu dan sekitar bandar semalam.
Beliau telah mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah bersiap siaga sepenuhnya untuk cuaca buruk yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak kejadian banjir dan memberi amaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Fun Run anjuran Kelab Rekreasi Kumpulan Yayasan Sabah kolaborasi bersama Majlis Belia Sabah dan Aadk Negeri Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah
Sabah sedia dua tenaga kapal tambah tenaga elektrik di Sabah KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Ya...
-
SEJARAH AWAL KAMPUNG NUMBAK, MANGGATAL, KOTA KINABALU, SABAH. .PEMBUKAAN KAMPUNG NUMBAK Sejarah awal pembukaan kampung Numbak, M...
-
6 April 2022, Rabu BEAUFORT: Seorang wargaemas disahkan meninggal akibat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis ...